Bila kenderaan laut canggih maka kenderaan di daratan juga akan turut sama mengalami perubahan dan setanding dengan rakan mereka. Jurutera diseluruh dunia 'pecah kepala' untuk memikirkan apakah rekaan yang paling sofistikated yang boleh mereka cipta demi masa depan dunia yang lebih gemilang. Maka itu, rekaan yang dibina bukan sahaja canggih malahan ianya lebih mesra alam dan NASA sebuah pertubuhan yang terkenal didalam bidang aeroangkasa melancarkan program Environmentally Responsible Aviation yang bertujuan untuk mencari kenderaan udara yang lebih mesra alam. Mereka meletakkan KPI yang perlu dicapai dengan penjimatan 50 peratus penggunaan minyak. Maka Lockheed Martin, Boeing dan Northop Grumman telah bersidang dan mengarahkan jurutera-jurutera mereka untuk mencari rekabentuk yang memenuhi KPI mereak itu.