Tuesday, February 12, 2013

AKU GAGAL LA..

Salam Palestin,

Aku terpaksa mengakui bahawa aku gagal untuk mengotakan janji aku pada November lepas untuk menulis sekurang-kurangnya 4 kali sebulan. Aku tiada jawapan untuk itu kerana aku tidak mahu memberi sebarang alasan. Aku sekadar melihat tetapi aku tidak ada usaha untuk menulis. Aku sekadar melihat tulisan lama aku dibaca oleh orang lain dan tidak ada terlintas pun untuk mengemaskininya. 

Tanggal 12 Februari ini aku mengikat azam buat sekian kalinya untuk merealisasikan impian dan menjadikan blog aku sentiasa dikemaskini. Biarlah tulisan yang aku muatkan itu mungkin tidak sebaik mana, tetapi sekurang-kurangnya ada usaha untuk aku menulis. Aku percaya dengan tulisan yang berulang kali aku dapat melatih skil tulisan aku dan akhirnya ia bertambah baik. 

Untuk itu terimalah tulisan aku ini dengan seadanya.