Tuesday, February 12, 2013

JAMBATAN BERGULUNG

Apa pula jadi kepada mereka yang tidak naik kenderaan udara, darat dan udara? Ada setengah daripada kita lebih suka berjalan kaki sahaja dari rumah dan terus ke LRT untuk ke tempat kerja. Itu bagi mereka yang mana rumah mereka berhampiran dengan pusat pengangkutan awam. 

Di Sarajevo Bosnia, satu rekaan bergulung telah direka oleh Adnan Alagic, Bojan Kanlic dan Amila Hrustic untuk bersama menjadikan impian mereka yang diberi nama Festina Lente menjadi kenyataan. Rekabentuk ini rasanya di Malaysia belum ada lagi kerana ianya tidaklah se awesome mana berbanding lain-lain rekaan anak tempatan kita. Ada falsafah disebalik rekaan ini dimana ia menunjukkan simbolik perubahan bangunan Akademi Seni Halus dari sebuah gereja kepada sebuah pusat pengajian. Maka marilah kita hargainya dan jangan jadikan hasil seni bercitarasa tinggi ini sebagai tempat untuk melempaskan hawa nafsu semata.