Telah dinyatakan dulu bahawa BMW telah melakukan eksperimental untuk menjadikan kereta polis lebih laju, canggih dan mampu menangani kes-kes jenayah yang kini dikatakan semakin tinggi. Kenderaan yang sofistikated dan angkatan yang terlatih diharapkan mampu untuk membendung isu-isu sosial yang semakin hari semakin membimbangkan ini.
Jika di darat kita ada BMW, maka ketika ini Ferrari pula sedang membangunkan bot konsep yang akan menjadi maharaja di laut dalam. Bot laju ini mendapat sentuhan Abdul Wahid dari Ferrari dan beliau dengan bangganya menamakan kenderaan air ini sebagai Ferrari E110 Elegante. Memang canggih dan kalau telah ada di pasaran nanti bukan sahaja Polis malah Marin dan anda sendiri boleh memilikinya jika punya wang mencukupi.