Apabila Putera William dan Kate Middleton singgah sekejap di Lembah Danum maka tempat itu membuka semula mata dunia. Sabah mula dikenali dan menjadi bualan pencinta alam. Terdapat jambatan kanopi yang mana putera Raja dan anda juga boleh berjalan sejauh 300 meter dengan ketinggian 15-25 meter. Lembah Danum ini berkeluasan 43,800 hektar dan sememangnya dipelihara dari sebarang pencerobohan. Ia menjadi habitat kepada 340 spesis burung, 124 spesis mamalia, 72 spesis reptilia dan 56 spesis amfibia. Tidak kah anda rasa hebat bumi Tuhan ini. Sekiranya anda ingin ke sana, singgah dulu ke Lahad Datu yang terletak 82 km dari sana