Tuesday, February 12, 2013

JAMBATAN LEMBAH DANUM

Apabila Putera William dan Kate Middleton singgah sekejap di Lembah Danum maka tempat itu membuka semula mata dunia. Sabah mula dikenali dan menjadi bualan pencinta alam. Terdapat jambatan kanopi yang mana putera Raja dan anda juga boleh berjalan sejauh 300 meter dengan ketinggian 15-25 meter. Lembah Danum ini berkeluasan 43,800 hektar dan sememangnya dipelihara dari sebarang pencerobohan. Ia menjadi habitat kepada 340 spesis burung, 124 spesis mamalia, 72 spesis reptilia dan 56 spesis amfibia. Tidak kah anda rasa hebat bumi Tuhan ini. Sekiranya anda ingin ke sana, singgah dulu ke Lahad Datu yang terletak 82 km dari sana

JAMBATAN BERGULUNG

Apa pula jadi kepada mereka yang tidak naik kenderaan udara, darat dan udara? Ada setengah daripada kita lebih suka berjalan kaki sahaja dari rumah dan terus ke LRT untuk ke tempat kerja. Itu bagi mereka yang mana rumah mereka berhampiran dengan pusat pengangkutan awam. 

Di Sarajevo Bosnia, satu rekaan bergulung telah direka oleh Adnan Alagic, Bojan Kanlic dan Amila Hrustic untuk bersama menjadikan impian mereka yang diberi nama Festina Lente menjadi kenyataan. Rekabentuk ini rasanya di Malaysia belum ada lagi kerana ianya tidaklah se awesome mana berbanding lain-lain rekaan anak tempatan kita. Ada falsafah disebalik rekaan ini dimana ia menunjukkan simbolik perubahan bangunan Akademi Seni Halus dari sebuah gereja kepada sebuah pusat pengajian. Maka marilah kita hargainya dan jangan jadikan hasil seni bercitarasa tinggi ini sebagai tempat untuk melempaskan hawa nafsu semata.

KAPAL TERBANG ERA 2050

Apabila kenderaan udara semakin canggih kita harapkan semoga tiket yang dikenakan kepada kita adalah lebih murah dan mampu milik. Maka nanti semoa orang boleh terbang. Airbus salah satu gergasi pembina jentera besi terbang ini telah memperlihatkan kepada seluruh dunia kapal terbang penumpang mereka yang akan ke udara pada 2050. Rekaannya akan radikal dengan konfigurasi ekor, horizontal stabiliser dan rekaan enjin serba baru. Kononnya dengan rekaan ini, Airbus boleh terbang dengan landasan yang lebih pendik iaitu ala-ala sistem catapult dan secara tidak langsung akan mengurangkan wear and tear apabila pesawat enjin menggunakan maximum thrsut apabila hendak terbang.

LUAR CANGGIH DALAM PUN CANGGIH

Apabila kenderaan udara ini menjadi lebih canggih maka, jurutera hiasan dalaman pula akan duduk sambil minum 'mai kopi secawan' bagi mencari idea yang lebih customer centric dan boleh memenuhi impian penumpang yang semakin cerewet. Penumpang mahukan layanan yang ultra mesra dari pramugari bertugas dan apabila mereka mengantuk dan ingin tidor penumpang mahukan suasana seperti di bilik tidor mereka. Maka Factory Design dan Contour Aerospace telah mencipta ruang tempat duduk yang lebih privacy supaya mereka yang berada di kapal terbang berjam lamanya masih bertenaga apabila tiba di lapangan terbang.

REKAAN KAPAL TERBANG YANG AWESOME

Bila kenderaan laut canggih maka kenderaan di daratan juga akan turut sama mengalami perubahan dan setanding dengan rakan mereka. Jurutera diseluruh dunia 'pecah kepala' untuk memikirkan apakah rekaan yang paling sofistikated yang boleh mereka cipta demi masa depan dunia yang lebih gemilang. Maka itu, rekaan yang dibina bukan sahaja canggih malahan ianya lebih mesra alam dan NASA sebuah pertubuhan yang terkenal didalam bidang aeroangkasa melancarkan program Environmentally Responsible Aviation yang bertujuan untuk mencari kenderaan udara yang lebih mesra alam. Mereka meletakkan KPI yang perlu dicapai dengan penjimatan 50 peratus penggunaan minyak. Maka Lockheed Martin, Boeing dan Northop Grumman telah bersidang dan mengarahkan jurutera-jurutera mereka untuk mencari rekabentuk yang memenuhi KPI mereak itu.


REKAAN CANGGIH PENJARA

Bila ada gajet yang canggih maka kita tidak dapat nafikan bahawa akan wujud juga penjenayah yang seiring dengan kepesatan teknologi semasa. Penjenayah adalah mereka yang berilmu dan skil mereka bukan semua dari kita ini ada. Percaya atau tidak mereka juga membuat research dan hi tech. Orang sebegini apabila ditangkap polis maka apabila jatuh hukuman marilah kita cadangkan mereka ini ditempatkan di penjara yang canggih juga.\

Di New Jersey, satu menara Penjara dibina kerana ruang tanah yang terhad di sana. Hampir tidak percaya juga bahawa ada 2 juta banduan dipenjarakan pada satu satu masa di Amerika dan telah dianugerahkan dengan mempunyai jumlah banduan tertinggi di dunia.

Penjara ini direka oleh Encik Andreas Tjeldfaat dan Greg Knobloch  dikatakan mencadangkan banduan yang bahaya diletakkan ditingkat bawah. Ada konsepnya. Apabila banduan semakin pulih maka semakin tinggi 'darjatnya' dengan diletakkan di tingkat atas supaya mereka ini boleh melihat bandar disekeliling mereka.


LAWAN YANG SIHAT

Bersaing biarlah dengan cara yang sihat. Persaingan boleh menghasilkan impak yang baik sekiranya dilakukan dengan baik. Janganlah kita berdengki. Santau sana sini. Lepas itu kita tepuk tangan apabila pesaing kita tersungkur. Kita lihat Ferrari dengan bot laju mereka. Pereka lain pula yang diberi nama Thierry Mugler pula membina bot laju idaman beliau dengan diberi nama Mugler Spire Boat. Rekaan beliau ini seakan Batboat dan dikuasai oleh dua buah enjin dengan setiap satu mempunyai kuasa kuda 350 dan dikatakan boleh bergerak 70 batu sejam. Aku pun tak pasti adakah kelajuan ini merupakan kelajuan supermega laju atau biasa-biasa sahaja. Namun yang pasti adalah rekaan bot oleh Encik Mugler ini memang awesome dan boleh menaikkan ghairah bagi mereka yang mempunyai wang yang banyak.


BOT LAJU YANG CANGGIH

Telah dinyatakan dulu bahawa BMW telah melakukan eksperimental untuk menjadikan kereta polis lebih laju, canggih dan mampu menangani kes-kes jenayah yang kini dikatakan semakin tinggi. Kenderaan yang sofistikated dan angkatan yang terlatih diharapkan mampu untuk membendung isu-isu sosial yang semakin hari semakin membimbangkan ini.

Jika di darat kita ada BMW, maka ketika ini Ferrari pula sedang membangunkan bot konsep yang akan menjadi maharaja di laut dalam. Bot laju ini mendapat sentuhan Abdul Wahid dari Ferrari dan beliau dengan bangganya menamakan kenderaan air ini sebagai Ferrari E110 Elegante. Memang canggih dan kalau telah ada di pasaran nanti bukan sahaja Polis malah Marin dan anda sendiri boleh memilikinya jika punya wang mencukupi.

HIDUP PALESTIN

Kita terpaksa mengakui bahawa sahabat-sahabat kita di Palestin walaupun tidak mempunyai peralatan ketenteraan yang canggih mereka dapat mempertahankan bumi mereka dari kekejaman zionas. Dengan hanya batu dan juga sedikit alat senjata yang dibuat sendiri, diubahsuai dan sebagainya mereka mampu melawan dan JIHAD. Mungkin disebabkan perkataan JIHAD itu yang membuatkan mereka kuat dan terus melawan.

Bayangkan kalau mereka ini dilengkapi dengan alat senjata kereta kebal yang direka oleh Kemp Remillad ini. Rasanya senang-senang sahaja mereka mampu untuk melawan Israel dan menjadikan negara mereka merdeka sepenuhya. Mari kita berdoa untuk mereka semoga kereta kebal seperti dibawah akan menjadi milik mereka satu masa nanti.

REKAAN KERETA POLIS MASA HADAPAN

Bilamana isu AES ini menjadi isu maka mulalah kita sedar bahawa selama ini kita sering memandu laju. Bila kita memandu laju dan disaman oleh pihak polis maka janganlah pulak kita menyalahkan orang lain. Konon kalau kereta kita laju maka polis tak dapat nak kejar mungkin tidak lagi apabila satu hari nanti apabila BMW mencipta kereta polis yang lebih awesome dan senang-senang sahaja untuk kejar kereta penjenayah atau mereka yang memandu laju. Cuba kita saksikan kereta rekaan Jose Casas dan Won Awe ini dikatakan boleh terbang. Malangnya ia hanya boleh digunakan pada 2025 apabila kereta konsep atas kertas ini boleh direalisasikan atas jalanraya.

AKU GAGAL LA..

Salam Palestin,

Aku terpaksa mengakui bahawa aku gagal untuk mengotakan janji aku pada November lepas untuk menulis sekurang-kurangnya 4 kali sebulan. Aku tiada jawapan untuk itu kerana aku tidak mahu memberi sebarang alasan. Aku sekadar melihat tetapi aku tidak ada usaha untuk menulis. Aku sekadar melihat tulisan lama aku dibaca oleh orang lain dan tidak ada terlintas pun untuk mengemaskininya. 

Tanggal 12 Februari ini aku mengikat azam buat sekian kalinya untuk merealisasikan impian dan menjadikan blog aku sentiasa dikemaskini. Biarlah tulisan yang aku muatkan itu mungkin tidak sebaik mana, tetapi sekurang-kurangnya ada usaha untuk aku menulis. Aku percaya dengan tulisan yang berulang kali aku dapat melatih skil tulisan aku dan akhirnya ia bertambah baik. 

Untuk itu terimalah tulisan aku ini dengan seadanya.