Wednesday, April 24, 2013

APA ADA DI GOOGLE ZURICH PULAK


Seperti dijangka, ofis Google diseluruh dunia mempunyai rekabentuk yang berbeza-beza. Tapi yang penting adalah mereka mengutamakan keselesaan dan keceriaan staf mereka. Lupakan berapa banyak bonus mereka dapat, tapi aku rasa dengan keselesaan dan suasana yang kondusif ini mereka akan balik selepas 18 jam bekerja agaknya.








APA ADA DI OFIS GOOGLE TAIPEI


Google memang la kaya. Ofis mereka sahaja dikatakan terdapat diseluruh dunia. Ini ofis mereka di Taipei yang terletak di Menara 101. Setiap rekabentuk ofis mereka tak sama macam stesen Petronas seluruh negara. Aku rasa designer mereka memberi suntikan setempat kepada staf mereka yang bekerja. Lihat lah staf mereka beraksi. Walaupun dateline kerja nak habis tapi nampak cool je. Aku rasa bos mereka pun tak marah sebab bila nak marah je...terus tak jadi sebab takut kerusi meja rosak dijahanamkan mereka nanti. Aku rasa kalau ada ofis Google di Malaysia mereka akan meletakkan elemen islamik kepada ofis mereka. Rekabentuk Islam memang menawan. Takbir!









APA ADA DI OFIS YOUTUBE PULAK


Ofis Youtube ini terletak di Beverly Hills. Rekaan yang dinamik, anggun dan mempersona. Aku tak pasti siapa perunding untuk design ini tapi sesungguhnya ia amat menarik. Ambil sedikit aura dari pejabat Yahoo ini. Semoga nanti anda tidak perlu membodek bos pada setiap hari untuk menyain claim overtime anda.








APA ADA DI OFIS MICROSOFT


Satu lagi ofis yang ingin aku kongsi dengan anda adalah ofis Microsoft. Agak biasa-biasa sahaja design yang ditonjolkan. Maklumlah kadang-kadang idea mat salleh dengan kita orang Malaysia lain. Kita perlu paparkan juga syariah compliance, hubungan dengan batasan dan sebagainya. Tapi takpalah..mungkin sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada kita semua.







APA ADA DI KAMPUS FACEBOOK


Satu lagi pejabat yang nak aku kongsi dengan anda adalah pejabat Facebook. Ia dibuka di Melo Park, California. Ikut sejarahnya, pejabat ini dulu pemiliknya adalah Sun Microsytem dan akhirnya tanah seluas 57 ekar itu dibeli oleh si Zuckerbeg dan menempatkan 2,000 pekerja yang berdedikasi dan mengamalkan shared value mereka. Ruang pejabat sahaja berkeluasan 1 juta kaki persegi.






APA ADA DI GOOGLE


Pejabat Google ini terletak di Silicon Roundabout London. Pakar ID yang dilantik mereka telah menggunakan semula barangan terpakai sebagai perabot pejabat mereka. Sebagai contoh kotak kayu yang digunakan untuk mengangkut sayur-sayuran digunakan menjadi rak meletak barang.  Idea yang kreatif. Tapi personally aku tak berapa nak berkenan lah. Tak tau lah pendapat anda.








APA ADA DI EBAY


Sebelum ini, pejabat SKYPE menjadi contoh kegilaan ID mengatasi segalanya. Itu baru permulaan. Mari kita bersama melihat pula ID yang ada di EBAY. Ia terletak di Istanbul dan sebesar 2,000 meter persegi. Ia direka oleh firma Oso Architecture dan rekaan yang ditonjolkan adalah tidak skema dan membuatkan orang tak mahu balik kerumah.











APA ADA DISKYPE


Apa yang diSkype. Pejabat ini berkeluasan 54,000 kps atau lebih dari satu ekar dan menempatkan lebih kurang 250 orang pekerja mereka. Ia dibina di Palo Alto California.

Mari kita lihat rekabentuk di pejabat ini yang begitu santai dan mesra alam. Semua bilik dicipta untuk memberi lebih idea kepada staf mereka yang banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.





ID OFIS YANG KREATIF

Berjumpa semula. Kali ini aku cuba untuk memaparkan bentuk dan rekaan oleh perunding ID terkemuka dunia. Ada beberapa pejabat yang akan dijadikan sample dan semoga dengan siaran artikel ini menjadi sumber inspirasi kepada anda yang ingin mengubahsuai pejabat atau bilik tidor anda menjadi suatu yang lebih ceria dan menggiurkan. Maklum sahaja, hampir separuh dari usia kita habis diperuntukkan dipejabat. Dari jam 8 hingga 5 petang tidak termasuk waktu pergi dan balik, bersesak di jalanraya, kena marah dengan bos atau customer, meeting yang membosankan dan macam-macam lagi.

Aku harap rekabentuk ini juga tidak mengganggu bajet yang telah diluluskan oleh bos anda ketika ini untuk ubahsuai ofis anda. Kalau anda berani cuba bodek bos anda untuk tambah bajet supaya tempat kerja anda lebih baik atau lain dari yang lain. Kalau tak cuba mana tau kan..

Saturday, March 16, 2013

GUA TERBESAR DI DUNIA

Ada penemuan terbaru. Selama ini mungkin kita fikir gua terbesar di dunia sebelum ini ialah Gua Rusa yang terletak di Taman Negara Mulu Sarawak. Tetapi pada tahun 2009 Gua Don Soong ditemui di Vitenam dan dengan panjang 5 kilometer, tinggi 200 meter dan lebar 150 meter ianya kini memegang rekod gua terbesar di dunia. Sebenarnya gua ini telah ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1991 oleh seorang warga tempatan. Tetapi penduduk sekitar merahsiakan penemuan gua ini kerana mereka takut dengan bunyi siulan yang kerap didengari dari mulut gua. Mereka percaya ada makhluk halus mendiami gua ini dan lebih baik ianya dirahsiakan sahaja. Gua ini hanya diketahui kewujudannya selepas beberapa orang siantis dari Britain melakukan pengembaraan di dalamnya. Nampak menakjubkan.  


caves_01.jpg

caves_03.jpg

caves_04.jpgcaves_02.jpg

PELANTAR TERBESAR

Tahukah kita bahawa terdapat pelantar minyak tertinggi di dunia dengan ketinggian 472 meter dan beratnya adalah 1.2 juta tan. Nama yang diberi kepada gergasi laut ini adalah Troll-A. Mula dibina pada tahun1991 dan siap sepenuhnya pada tahun 1996. Kaki Troll-A dibina dari konkrit dan dindingnya silinder konkrit gergasi ini setebal 1 meter. Proses pembinaan pelantar ini perlahan kerana 15 sentimeter boleh dibina dalam masa sejam. Troll-A kini beroperasi di Lautan Utara, 80 kilometer dari Bergen Norway. Selepas ianya siap dibina, Troll A ditarik sejauh 200 kilometer selama 7 hari ke lokasinya sekarang. Troll-A masih merupakan objek TERBESAR pernah ditarik kemana-mana lokasi dunia. Bayangkan anda menarik sebuah struktuk yang LEBIH tinggi dari Menara Berkembar Petronas sejauh 200 kilometer. Cool! Pada tahun 2010 Troll-A diperbesarkan lagi dengan penambahan satu lagi modul bagi memuatkan bilik kawalan dan tempat kediaman baru. Cool stuff!  -A ialah pelantar minyak tertinggi dunia dengan ketinggian 472 meter dan mempunyai berat 1.2 juta tan. Ianya dibina pada tahun1991 dan siap sepenuhnya pada tahun 1996. Kaki Troll-A dibina dari konkrit dan dindingnya silinder konkrit gergasi ini setebal 1 meter. Proses pembinaan pelantar ini perlahan kerana 15 sentimeter boleh dibina dalam masa sejam. Troll-A kini beroperasi di Lautan Utara, 80 kilometer dari Bergen Norway. Selepas ianya siap dibina, Troll A ditarik sejauh 200 kilometer selama 7 hari ke lokasinya sekarang. Troll-A masih merupakan objek TERBESAR pernah ditarik kemana-mana lokasi dunia. Bayangkan anda menarik sebuah struktuk yang LEBIH tinggi dari Menara Berkembar Petronas sejauh 200 kilometer. Cool! Pada tahun 2010 Troll-A diperbesarkan lagi dengan penambahan satu lagi modul bagi memuatkan bilik kawalan dan tempat kediaman baru. Hebat sungguh senibina manusia ini.

trolla_02.jpg

trolla_01.jpg


trolla_03.jpg



trolla_04.jpg





Tuesday, February 12, 2013

JAMBATAN LEMBAH DANUM

Apabila Putera William dan Kate Middleton singgah sekejap di Lembah Danum maka tempat itu membuka semula mata dunia. Sabah mula dikenali dan menjadi bualan pencinta alam. Terdapat jambatan kanopi yang mana putera Raja dan anda juga boleh berjalan sejauh 300 meter dengan ketinggian 15-25 meter. Lembah Danum ini berkeluasan 43,800 hektar dan sememangnya dipelihara dari sebarang pencerobohan. Ia menjadi habitat kepada 340 spesis burung, 124 spesis mamalia, 72 spesis reptilia dan 56 spesis amfibia. Tidak kah anda rasa hebat bumi Tuhan ini. Sekiranya anda ingin ke sana, singgah dulu ke Lahad Datu yang terletak 82 km dari sana

JAMBATAN BERGULUNG

Apa pula jadi kepada mereka yang tidak naik kenderaan udara, darat dan udara? Ada setengah daripada kita lebih suka berjalan kaki sahaja dari rumah dan terus ke LRT untuk ke tempat kerja. Itu bagi mereka yang mana rumah mereka berhampiran dengan pusat pengangkutan awam. 

Di Sarajevo Bosnia, satu rekaan bergulung telah direka oleh Adnan Alagic, Bojan Kanlic dan Amila Hrustic untuk bersama menjadikan impian mereka yang diberi nama Festina Lente menjadi kenyataan. Rekabentuk ini rasanya di Malaysia belum ada lagi kerana ianya tidaklah se awesome mana berbanding lain-lain rekaan anak tempatan kita. Ada falsafah disebalik rekaan ini dimana ia menunjukkan simbolik perubahan bangunan Akademi Seni Halus dari sebuah gereja kepada sebuah pusat pengajian. Maka marilah kita hargainya dan jangan jadikan hasil seni bercitarasa tinggi ini sebagai tempat untuk melempaskan hawa nafsu semata.