Berjumpa semula. Kali ini aku cuba untuk memaparkan bentuk dan rekaan oleh perunding ID terkemuka dunia. Ada beberapa pejabat yang akan dijadikan sample dan semoga dengan siaran artikel ini menjadi sumber inspirasi kepada anda yang ingin mengubahsuai pejabat atau bilik tidor anda menjadi suatu yang lebih ceria dan menggiurkan. Maklum sahaja, hampir separuh dari usia kita habis diperuntukkan dipejabat. Dari jam 8 hingga 5 petang tidak termasuk waktu pergi dan balik, bersesak di jalanraya, kena marah dengan bos atau customer, meeting yang membosankan dan macam-macam lagi.
Aku harap rekabentuk ini juga tidak mengganggu bajet yang telah diluluskan oleh bos anda ketika ini untuk ubahsuai ofis anda. Kalau anda berani cuba bodek bos anda untuk tambah bajet supaya tempat kerja anda lebih baik atau lain dari yang lain. Kalau tak cuba mana tau kan..