Yes..para pengkarya jam tak pernah berhenti untuk mengeluarkan jam yang punya kelas tersendiri. Off course harga yang ditawarkan adalah munasabah dengan ciri-ciri, teknologi, prestij dan jenama syarikat pengeluar. Sebagai contoh, 2LMX sebuah syarikat pengeluar jam baru yang diasaskan oleh Arnaud Tellier, bekas pengurus Muzium Jam Patekke Filippe. Jam 2LMX mempunyai rekaan yang luar biasa dan kompleks dan direka oleh pereka jam terkemuka Jean-Francois Ruchonnet. Harga masih belum disahkan tapi 2LMX mempunyai tourbillon. Ianya bakal dijual tahun hadapan dengan pilihan buatan dari titanium, platinum, emas putih dan emas merah jambu. Aku pasti harganya adalah setanding dengan kelasnya yang tersendiri. Saksikan...