Hari tu aku ada bincang dengan kawan-kawan pasal jam. Apa punya kes lah sampai kisah jam jadi topik utama. Aku melopong sebab kata kawan aku, ramai yang jadikan jam ini sebagai koleksi berharga mereka. Kalau setakat pakai jam RM100k ada standard. Bila salam tangan kanan maka mata akan tengok tangan kiri. Aku punya jam harga RM300 je itupun belum tolak diskaun 20%. Maka untuk siri tulisan ini akan jadikan jam tangan sebagai temanya.
Salah satu koleksi yang aku pilih kali ini adalah Ferrari Scuderia One iaitu sebuah sebuah jam mewah ekslusif dan terhad keluaran Cabestan, sebuah syarikat pengeluar jam dari Switzerland. Jam tangan ini hanya boleh dijual kepada mereka yang sudahpun mempunyai sebuah kereta Ferrari. Jam tangan berturbillon ini mempunyai rekaan agresif, sesuai dengan imej Ferrari yang sangat manly. Bahagian badan jam diperbuat daripada titanium dan kristal nilam. Bahagian movement dalaman pula mempunyai komponen diperbuat dari gentian karbon. Very vroom. Harga untuk seutas jam ini adalah USD 300 000 dan anda dipersilakan untuk kali dengan duit kita.