Saturday, May 26, 2012

JAM FLIPDOWN

Aku akhiri kisah koleksi jam aku kali ini dengan jam yang paling murah sekali. Jam retro analog flipdown dibawah ialah jam yang aku maksudkan. Harga sebuah ialah USD 35. Silah beli kalau teringin.

JAM OFFICINE AUTODROMO

Satu persatu koleksi jam aku ketengahkan kali ini. Officine Autodromo ialah sebuah syarikat pengeluar jam tangan berpengkalan di Itali. Aku baru tahu bahawa negara Itali terkenal dengan Mario, Pizza, Materazzi dan car culture yang awesome. Maka tak hairanlah Officine Autodromo menghasilkan jam bertemakan speed dial dibawah. Super cool dan hensem. Setiap jam dijual pada harga USD 425 sebuah. Hah? Macam mampu milik aje. Ya ini adalah satu satunya setakat ini koleksi jam yang aku rasa aku mampu beli. Tapi aku takkan beli sebab lebih baik aku beli jam jenama yang biasa aku pakai je. Kalau hilang pun tak menyesal nanti.

KOLEKSI TERHAD JAM JACKIE CHAN

Aku ada cerita pasal Richard Mille. Kali ini beliau menghasilkan jam tangan mewah edisi khas Dragon Edition Jackie Chan. Sebanyak 36 jam tangan sahaja yang diperbuat daripada emas merah atau emas putih ini dihasilkan. Anda tidak boleh membeli jam ini kerana ianya akan dilelong bagi mengumpul dana Dragon Heart Foundation milik Jackie Chan yang membantu kanak-kanak yang memerlukan. Maka jika anda adalah orang budiman dan telah banyak membantu orang-orang yang miskin di Malaysia dan ingin membantu rakyat luar negara pula silalah tunggu pengumuman lelongan ini nanti.

SIFU ARNAUD TELLIER

Yes..para pengkarya jam tak pernah berhenti untuk mengeluarkan jam yang punya kelas tersendiri. Off course harga yang ditawarkan adalah munasabah dengan ciri-ciri, teknologi, prestij dan jenama syarikat pengeluar. Sebagai contoh,  2LMX  sebuah syarikat pengeluar jam baru yang diasaskan oleh Arnaud Tellier, bekas pengurus Muzium Jam Patekke Filippe. Jam 2LMX mempunyai rekaan yang luar biasa dan kompleks dan direka oleh pereka jam terkemuka Jean-Francois Ruchonnet. Harga masih belum disahkan tapi 2LMX mempunyai tourbillon. Ianya bakal dijual tahun hadapan dengan pilihan buatan dari titanium, platinum, emas putih dan emas merah jambu. Aku pasti harganya adalah setanding dengan kelasnya yang tersendiri. Saksikan...

KOLEKSI JAM DEVON TREAD

Aduh..banyak lagi koleksi jam yang patut kita kongsi bersama. Mari kita tengok Devon Tread, sebuah jam yang menggunakan sistem tali bagi menunjukkan masa. Sebuah Devon Tread dijual dengan harga USD 17500. Selain daripada sistem tali yang unik jam ini juga menggunakan sistem bateri yang istimewa. Devon Tread menggunakan bateri lithium yang boleh dicas semula. Bila bateri rechargable ini perlu dicas semula anda hanya perlu meletakkannya didalam kotak yang direka khas dan jam ini akan dicas mengggunakan teknik induksi. Pada anda penggemar dan suka membeli jam yang mahal macam contoh di bawah maka ia boleh menjadi panduan kepada anda. Kalau nak beli jam macam ini, cuba google kat internet atau tanya kedai jam di Pavillion ada tak jam serupa macam ini.

 

JAM TANGAN URWERX YANG AWESOME


Ya..ini dia satu lagi koleksi jam yang mampu menggoda. Perkenalkan, UR-110 ZrN dan UR-110, dua jam dari syarikat pengeluar jam mewah URWERK dari Switzerland. Urwerk terkenal dengan rekaan jam yang luar biasa dalam jumlah yang kecil. Dalam kes 110 dan 110 ZrN, hanya 12 pasang jam akan dihasilkan. Jam ini mempunyai sistem paparan masa yang lolwut. Untuk model 110 ZrN , Zirconium Nitrat digunakan sebagai digunakan pada coating kaca jam. Zirkonium Nitrat ialah bahan yang tahan calar dan selalunya digunakan pada permukaan alatan industri bagi mengurangkan kerosakan pada permukaan mereka. Harga yang ditawarkan adalah  USD 135 000 atau RM 423 000 sebuah. Silalah beli kalau kaya sangat. 

JAM KRISTAL RICHARD MILLE

Bila aku google lagi pasal jam ni, rupa-rupanya masih banyak lagi jam yang aku tak pernah dengar namanya. Walau bagaimanapun harga yang ditawarkan adalah mahak sangat dan memang patut berada ditangan orang yang berhak sahaja. Ya betul..bukan aku orangnya. Kalau aku pakai pun mungkin versi siam atau ada anak raja yang hadiahkan kat aku tapi jangan haraplah.. RIchard Mille RMFelipe Massa ini ialah jam yang mempunyai badan yang diperbuat dari kristal. Hanya 5 akan dihasilkan dan setiap satunya mengambil masa ribuan jam untuk dihasilkan. Menurut pihak Richard Mille, 1,000 jam dihabiskan bagi mengukir bentuk badan jam, 430 jam untuk melakukan pengemasan dan 350 jam lagi untuk memastikan kesemuanya sempurna. Oleh sebab itu harga sebuah jam ini ialah USD 1.65 juta (4.86 Juta Ringgit). 

JAM TANGAN CYRUS KLEPCYS

Satu lagi jam tangan kategori koleksi mahal adalah bernama Cyrus Klepcys. Ia dikeluarkan oleh  syarikat  Cyrus iaitu sebuah syarikat jam tangan mewah yang sedang meningkat naik. Kedua-dua miniatur ini akan berputang selari dengan putaran penuh bulan dan marikh sebenar. Cyrus Klepcys dibuat daripada platinum dengan saduran emas 18 karat.  Ianya hanya akan dikeluarkan dalam jumlah terhad dan harga saranan bermula dari USD 150 000 sebuah. Anda dipersilakan sekali lagi untuk kali sendiri dengan duit kita.

JAM TANGAN YANG MAHAL GILER

Hari tu aku ada bincang dengan kawan-kawan pasal jam. Apa punya kes lah sampai kisah jam jadi topik utama. Aku melopong sebab kata kawan aku, ramai yang jadikan jam ini sebagai koleksi berharga mereka. Kalau setakat pakai jam RM100k ada standard. Bila salam tangan kanan maka mata akan tengok tangan kiri. Aku punya jam harga RM300 je itupun belum tolak diskaun 20%. Maka untuk siri tulisan ini akan jadikan jam tangan sebagai temanya.  

Salah satu koleksi yang aku pilih kali ini adalah Ferrari Scuderia One iaitu sebuah sebuah jam mewah ekslusif dan terhad keluaran Cabestan, sebuah syarikat pengeluar jam dari Switzerland. Jam tangan ini hanya boleh dijual kepada mereka yang sudahpun mempunyai sebuah kereta Ferrari. Jam tangan berturbillon ini mempunyai rekaan agresif, sesuai dengan imej Ferrari yang sangat manly. Bahagian badan jam diperbuat daripada titanium dan kristal nilam. Bahagian movement dalaman pula mempunyai komponen diperbuat dari gentian karbon. Very vroom. Harga untuk seutas jam ini adalah  USD 300 000 dan anda dipersilakan untuk kali dengan duit kita. 

Monday, May 21, 2012

PROPOSAL YANG KENA REJECT

Bila buat proposal, jangan haraplah semuanya akan diterima. Kena boss yang fussy, tujuh lapan kali pinda pun kalau tak kena jiwa dan melekat kat hati susah juga nak terima. Bukan di sini, tapi di luar sana design yang cantik sahaja tidak memadai kerana ia perlu ada elemen praktikal, selamat, cost effective dan sudah pasti akan jadi ikonik projek.

RUMAH KACA YANG TERBAIK


Mari kita lihat pulak senibina di sebuah rumah peranginan yang terletak di Suffolk England. Di bahagian bawah yang lutsinar kerana penggunaan kaca sebagai dinding. Kesemua bilik tidur pula diletakkan di atas pada bahagin atap.  Ianya rekaan firma rekaaan Jarmund/Vigsnaes Arkitekter dari Norway. Sekali lagi aku nampak rekabina sekarang memang tak masuk akal dan kalau buat kat Malaysia pasti akan jadi satu trend yang hebat. Cuma kena ingat tentang mat skodeng dan jangan harap mat bangla jaga rumah ini.

TEHRAN TOWER YANG HEBAT

Satu lagi tower di Tehran yang akan dibina ditengah-tengah Iran. Dua menara yang bersambut pada bahagian atap untuk kelihatan seperti sebuath Muqarnas, yakni rekaan senibina yang sinonim dengan negara Iran. Ia akan menempatkan 1200 apartment dan ruang pejabat. Nampaknya banyak bangunan sekarang yang mencabar minda orang kebanyakan macam aku dan aku tak tau samada di Malaysia ada orang lain akan buat atau sekadar buat kerja melayan orang yang membantah pembangunan di kawasan mereka sahaja.




SENIBINA MASJID BESAR SAMARRA

Masjid Besar Samarra yang terletak di Samarra Iraq mempunyai menara muezzin yang unik. Ianya setingi 52 meter dan berbentuk pusaran yang sinonim dengan senibina tamadun Mesopotamioa. Masjid ini dibina oleh Kalifah Al Mutawakkil dari kerajaan Islam Abassid pada tahun 848 Masehi dan dan siap sepenuhnya 3 tahun selepas itu. Secara keseluruhan masjid ini mempunyai panjang 239 meter dan lebar 156 meter. Ketika siap pada tahun 841 Masehi ianya merupakan masjid terbesar didunia. Masjid ini tidak lagi digunakan kerana mengalami kerosakan teruk akibat serangan Hulagu Khan pada kurun ke 13. Pada tahun 2005 pula bahagian atas menara diletupkan oleh golongan insurgen Iraq kerana tidak mahu pasukan penembak curi Amerika Syarikat menggunakannya sebagai menara mengintip.






REKABINA JAMBATAN YANG AWESOME

Di Amsterdam, satu konsep jambatan futuristik telah dibina yang direka oleh firma senibina Yaohua Wang. Ia diberi nama Amsterdam Bridge V. Banyak ciri-ciri menarik pada jambatan ini termasuk kesemua keperluan elektrik dijana sendiri dari struktur jambatan yang dilengkapi turbin angin serta panel solar. Aku fikir konsep ini yang patut ada pada senibina bangunan di tempat kerja aku. Di samping mencari GBI, faktor lain turut memainkan peranan contohnya untuk dapatkan anugerah dan sebagainya.


OFIS FACEBOOK

Ya..beberapa hari yang lalu saham Facebook diniagakan di bursa saham Wallstreet. Saham media sosial ini dinilaikan pada harga USD104 billion. Tak heran sebab, facebook digunakan oleh 900 juta pengguna dan 2000 orang pekerja diletakkan dibawah satu bumbung untuk memastikan semuanya OK! Aku tak tau samada susun atur pejabat mereka boleh menjadi inspirasi kepada tempat kerja aku yang sekarang ni tengah pesat membuat pejabat baru mereka. Aku cadangkan mereka membuat lawatan ke ofis Yahoo untuk rasa sendiri kehebatan ofis mereka itu.