Tuesday, December 20, 2011

TANDA KIAMAT?

Dunia akhir zaman. Ya memang. Dah hujung-hujung ni macam-macam berlaku. Walau bagaimanapun fenomena dibawah bukan salah satu tanda kiamat. Ini ialah Sungai Jian yang terletak di daerah Luoyang China. Baru-baru ini warna sungai ini bertukar menjadi merah darah setelah sebuah kilang membuang sisa toksik mereka secara gila-gila. Akibat daripada itu penduduk setempat gempar. Sumber air "berdarah" ini berjaya dikesan dari sebuah kilang yang secara serta merta ditutup oleh pihak berwajib. Warna Sungai Jian kini sudah kembali ke normal tetapi penduduk setempat masih merungut kerana pencemaran kedalam sungai ini masih betul berhenti. Setakat tutup satu kilang sahaja tak merubah apa-apa langsung.