Tuesday, December 20, 2011

MOTORSIKAL FERRARI

Cerita sebelumnya berkaitan kereta yang akan keluar tahun depan. Harga dalam RM130k. Dalam satu lagi blog yang aku baca, Ferrari ada keluarkan satu kenderaan yang sangat awesome. Namanya Wazuma V8 keluaran syarikat Lazareth ialah motosikal beroda empat (Quadbike). Ianya menggunakan enjin V8 3.0 Liter Ferrari yang mampu menghasilkan 250 kuasa kuda. Motorsikal ini menggunakan kotak gear BMW M3. Ia juga menggunakan 4 sports rim MOMO serta satu set lengkap brek dari Brembo. Motor ini dikategorikan sebagai motorsikal yang termahal didunia sebab harga kalau kalian nak beli adalah EURO 200 000 (RM 828,000.00) sebuah.