Tak sangka bahawa sebenarnya banyak kaedah untuk memendikkan tempoh masa take off sesebuah pesawat. Ini termasuk menggunakan sistem Tilt Rotor seperti Bell V820 Valor atau menggunakan teknologi thrust vectoring seperti Rockwell VFX 12. Pada tahun 1928 , Willard Ray Custer seorang jurutera aeronautik mendapat ilham untuk mencipta teknologi Channel Wing. Pada tahun 1942 prototaip CCW-1 dibina dan ia hanya memerlukan 61 meter landasan dan kelajuan minimum 32 kilometer sejam untuk terbang ke udara. Enam tahun kemudian CCW-2 dihasilkan dan ia hanya memerlukan 20 meter landasan untuk terbang! Willard Ray Custer terus menghasilkan pesawat channel wing beliau sehingga 1964.