Tak sangka bahawa sebenarnya banyak kaedah untuk memendikkan tempoh masa take off sesebuah pesawat. Ini termasuk menggunakan sistem Tilt Rotor seperti Bell V820 Valor atau menggunakan teknologi thrust vectoring seperti Rockwell VFX 12. Pada tahun 1928 , Willard Ray Custer seorang jurutera aeronautik mendapat ilham untuk mencipta teknologi Channel Wing. Pada tahun 1942 prototaip CCW-1 dibina dan ia hanya memerlukan 61 meter landasan dan kelajuan minimum 32 kilometer sejam untuk terbang ke udara. Enam tahun kemudian CCW-2 dihasilkan dan ia hanya memerlukan 20 meter landasan untuk terbang! Willard Ray Custer terus menghasilkan pesawat channel wing beliau sehingga 1964.
Thursday, March 13, 2014
SIRI 2 PESAWAT: PESAWAT YANG GAGAL TERBANG
Pada tahun 1903, Wright Flyer yang dibina oleh Wright Bersaudara telah terbang dengan jayanya. Kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada beberapa pereka kapal terbang lain untuk menghasilkan kapal terbang mereka sendiri. Usaha gigih beberapa pembina pesawat juga dilakukan namun tak semuanya berjaya untuk tebang.
Kredit: Aerofiles
SIRI 1 PESAWAT: SIKORSKY S72
Selamat bertemu kembali. Apabila tragedi MH370 melanda negara malahan sehingga terasa ke seluruh dunia saya tergerak untuk menulis sesuatu tentang kapal terbang. Bukan hanya untuk kapal terbang pesawat biasa untuk pengangkutan sahaja malahan saya akan cuba bawa khalayak pembaca ke beberapa siri pesawat yang canggih dan mungkin tidak terjangkau oleh pengetahuan kita. Info dari jenis-jenis pesawat ini diambil dari beberapa blog lain dan laman web. Kredit untuk mereka.
Salah satu pesawat diberi nama Sikorsky S 72 Rotor Systems Research Aircraft. Ia dihasilkan dihasilkan oleh NASA dan tentera Amerika Syarikat sebagai platform untuk menguji kemampuan pesawat boleh ubah. Secara teorinya S 72 boleh terbang menegak seperti dan terkantung-kantung seperti sebuah helikopter sebelum kipas helikopter dihentikan dan ianya terbang mendatar seperti sebuah kapal terbang.
Info mengatakan bahawa projek dimulakan pada tahun 1970 dan penerbangan pertama dilakukan pada tahun 1976. Selepas 60 jam penerbangan ujian konsep pesawat diubah dimana sayap kapal terbang, kipas helikopter dan enjin untuk mod kapal terbang boleh ditanggalkan mengikut kehendak pengguna. Dalam kata lain S 72 menjadi pesawat boleh ubah.
Laporan asal Sikorsky Archive dan AviaStar
Subscribe to:
Posts (Atom)