Friday, November 21, 2014

KERETAPI 3.0

Jepun sekali lagi menjadi tumpuan di dalam blog ini. Muzium Keretapi SCMaglev dan Railway Park yang terletak di Nagoya Jepun dikendalikan semenjak 14 Mac 2011. Di sini semua koleksi keretapi yang pernah digunakan oleh syarikat Central Japan Railway Company di pamerkan.

Laporan asal: Wikipedia







KERETAPI 2.0

Tahun 2022 akan menjadi sejarah pula kepada Kota London apabila keretapi bawah tanah mereka dijangka tidak akan menggunakan pemandu. London Underground merupakan keretapi awam pertama di dunia pada 1863 dan selepas itu rekaannya menjadi ikutan negara lain.

Laporan asal: Design boom




KERETAPI 1.0

Mari kita terjah tentang keretapi pula. Japan Railway East bercita-cita untuk menjadikan tahun 2017 sebagai tahun bertuah mereka apabila keretapi mewah yang memakan belanja RM1.56 billion terlaksana. Ken Okuyama yang pernah bekerja bersama Ferrari telah diupah untuk menjadikan impian ini satu kenyataan.

Laporan asal: Spoon Tomago








Thursday, November 20, 2014

KERETA MEWAH 4.0

Sebagai perbandingan kereta mewah di Dubai tadi, marilah kita saksikan pula kereta peronda di India pula. Nampaknya mereka mengambil pendekatan berbeza. Lebih berhemah.




Laporan asal IndianAutosBlog

KERETA MEWAH 3.0

Masih di Dubai. Kali ini difahamkan polis Dubai menambah koleksi Brabus yang akan digunakan oleh abang-abang polis di sana. SUV Brabus B63S 700 Widestar menggunakan enjin 5.5 liter Twin Turbo dan mampu menghasilkan kuasa kuda 700.









Laporan asal: Drive

KERETA MEWAH 2.0

Di Dubai, kereta peronda polis mereka bercirikan kereta mewah. Maka, abang-abang polis boleh mengejar suspek dengan mudah kerana kereta Pak Arab yang lain pun boleh tahan mewahnya.








Laporan asal: The Throtlle

KERETA MEWAH 1.0

Entah macamana kereta mewah berlambak di London. Katanya Pak Arab bawa dari Timur Tengah. Lambakan kereta ini dikatakan menimbulkan keresahan dan kemarahan penduduk setempat kerana berlakunya kesesakan di kawasan mereka. Lihatlah kereta mewah mereka yang dibawa dengan kos RM104,000 ribu ke London.










Monday, August 11, 2014

SAKIT PERUT

Bulan ini adalah bulan Syawal dan ramai pula yang mengadakan majlis Rumah Terbuka. Pelbagai menu yang disediakan. Ada yang dimasak sendiri. Ada yang saudara mara bawakan. Yang mudah pula telefon sahaja pembekal makanan. Tetapkan bajet dan tepuk dada tanya selera. Namun, ada waktunya perlu berhati-hati dengan hidangan yang disediakan. Kita tidak menduga adakah makanan tersebut dicemar dengan bakteria berbahaya namun apa yang boleh dikatakan, berhati-hatilah ketika menjamu selera. Berikut kita kongsikan sakit perut yang mengakibatkan cirit birit yang menjadi-jadi dimusim perayaan ini.

Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.

GEJALA-GEJALA CIRIT BIRIT
  1. Peningkatan kekerapan membuang air besar.
  2. Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.
  3. Terdapat angin atau kentut yang melampau.
  4. Kehilangan selera makan.
  5. Adakalanya demam.
  6. Adakalanya terasa mual dan muntah.
  7. Sakit otot.

KOMPLIKASI
Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.
Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
  1. Kehilangan 5-10% berat badan.
  2. Gelisah dan mudah tersinggung.
  3. Mata terbenam.
  4. Ketidakhadiran air mata.
  5. Mengalami kekeringan mulut dan lidah.
  6. Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
  7. Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.
Pada dehidrasi yang teruk, pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
  1. Kehilangan lebih dari 10% berat badan.
  2. Keletihan dan mungkin hilang sedar.
  3. Mata adalah terlalu terbenam.
  4. Ketidakhadiran airmata.
  5. Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
  6. Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
  7. Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali.
  8. Kekurangan jumlah air kencing.
PUNCA-PUNCA CIRIT BIRIT
  1. Meminum air yang tercemar.
  2. Memakan makanan yang tercemar.
  3. Intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
  4. Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.
PUNCA-PUNCA KRONIK
Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti :
  1. Penyakit  gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
  2. Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
  3. Penyakit-penyakit usus.
  4. Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa.
  5. Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
  6. Kecacatan penyerapan
  7. Selepas pembedahan
  8. Fistula dalaman
  9. Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
  10. Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
  11. Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
  12. Kanser
  13. Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik.
  14. Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
  15. Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu dan salur gastrousus.
  16. Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tract condition, appendicitis etc.
  17. Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
  18. Organic neurological diseases –e.g. intracranial disease.
Apa yang dapat dilakukan oleh anda
Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.
  1. Minum banyak air.
  2. Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
  3. Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
  4. Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau pisang yang dimasak.
  5. Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk dihadam.
    Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding dengan doktor anda.
  6. Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.

Bayi

  1. Teruskan penyusuan bayi.
  2. Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.
  3. Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
  4. Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
  5. Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah,  atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis.
Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan
  1. Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dll.
  2. Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral.
  3. Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.
  4. Ingatlah bahawa walaupun cirit-birit dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.
  5. Tabiat kebersihan makanan yang baik.
  6. Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum
  7. menyediakan dan mengendalikan makanan.
  8. Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas.
  9. Sediakan makanan di kawasan yang bersih.
  10. Tudungkan makanan yang telah dimasak.
  11. Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.
  12. Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.

GAGAL LAGI

Jangan cuba berjanji kalau rasa-rasanya sukar untuk ditepati. Last entry hari tu, aku cuba untuk menulis beberapa artikel dalam tempoh satu bulan. Cuba tengok. Aku tulis pada bulan Mei 14. Aduh!! Aku terpaksa mengakui bahawa disiplin diri amatlah diperlu-perlukan untuk memastikan apa yang kita rancang dapat kita laksanakan dengan jayanya. Kali ini aku tidak perlu berjanji tetapi pada waktu yang sama aku berazam untuk memastikan blog ini sentiasa dikemas kini. Lirik lagu di bawah tiada kena mengena dengan kisah aku tetapi hanya sekadar hiasan sahaja..

( dialog )
( …Inilah hari yang paling sedih dalam hidupku
Demi pertemuan kita ini adalah yang terakhir
Aku tak sanggup melihatkan kau pergi
Meniggalkan aku menahan kepedihan
Selama ini kita terlalu mesra
Tapi kau telah meracun hati dan fikiranku
Duniaku kini diseliputi mendung
Maka tersiksalah aku didalam kegelapan
Aku terpaksa melepaskan kau pergi
Demi diriku tak berharga lagi untukmu
Biarlah kuterima kenyataan ini… )
Harapan setinggi gunung
Berderai menjadi debu
Mengapakah kisah sedih
Yang selalu ku alami
Kupercaya padamu
Dengan sepenuh hatiku
Engkaulah cahaya
Penerang jalan hidup
Tapi kau permainkan ( hatiku luka )
Engkau sakitkan hatiku ( hatiku luka )
Sengaja kau bermesra
Dengan dia teman barumu
Apa daya ku ini
Engkau bebas membuat pilihan
Tak dapatku halang kau kau kau kau kau
Terhadap dalam cinta
hu… hu hu…
Hatiku luka kerna kau
Yang tak bertimbang rasa
Kulepaskan kau pergi
Asalkan kau bahagia ( hatiku luka )
Ketika kau melangkahkan kaki ( hatiku luka )
Jangan kau menoleh kepadaku
Ku tak sanggup ( hatiku luka )
Melihat kau berlalu ( hatiku luka )
Hatiku… Luka… Lagi…

Sunday, May 18, 2014

BULAN LIMA

Telah beberapa bulan aku tidak menulis. Aku perlukan disiplin diri untuk aku mengadap depan komputer dan terus menulis. Banyak bahan yang aku ingin kongsikan samada melalui pengalaman aku sendiri atau melalui pembacaan aku di mana-mana medium online atau print media. Last aku menulis bulan tiga, aku rasa. Itupun apabila tragedi MH370 pada waktu banyak diperkatakan dan aku menulis tentang pesawat-pesawat yang pernah dibina pada satu ketika dulu.

Aku cuba mencapai sasaran untuk menulis sekurang-kurangnya 4 post pada setiap bulan. Maknanya aku cuma perlu peruntukkan beberapa minit sahaja dalam satu minggu untuk menulis. Susah ke? Tak susah sebenarnya tapi apabila malas dah menguasai satu badan maka berat juga untuk aku menulis. Aku cuba pada diri sendiri untuk menulis kali ini dan tengoklah ya..

Thursday, March 13, 2014

SIRI 3 PESAWAT: TAKE OFF


Tak sangka bahawa sebenarnya banyak kaedah untuk memendikkan tempoh masa take off sesebuah pesawat. Ini termasuk menggunakan sistem Tilt Rotor seperti Bell V820 Valor atau menggunakan teknologi thrust vectoring seperti Rockwell VFX 12. Pada tahun 1928 , Willard Ray Custer seorang jurutera aeronautik mendapat ilham untuk mencipta teknologi Channel Wing. Pada tahun 1942 prototaip CCW-1 dibina dan ia hanya memerlukan 61 meter landasan dan kelajuan minimum 32 kilometer sejam untuk terbang ke udara. Enam tahun kemudian CCW-2 dihasilkan dan ia hanya memerlukan 20 meter landasan untuk terbang! Willard Ray Custer terus menghasilkan pesawat channel wing beliau sehingga 1964

SIRI 2 PESAWAT: PESAWAT YANG GAGAL TERBANG

Pada tahun 1903, Wright Flyer yang dibina oleh Wright Bersaudara telah terbang dengan jayanya. Kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada beberapa pereka kapal terbang lain untuk menghasilkan kapal terbang mereka sendiri. Usaha gigih beberapa pembina pesawat juga dilakukan namun tak semuanya berjaya untuk tebang.


Kredit: Aerofiles

SIRI 1 PESAWAT: SIKORSKY S72


Selamat bertemu kembali. Apabila tragedi MH370 melanda negara malahan sehingga terasa ke seluruh dunia saya tergerak untuk menulis sesuatu tentang kapal terbang. Bukan hanya untuk kapal terbang pesawat biasa untuk pengangkutan sahaja malahan saya akan cuba bawa khalayak pembaca ke beberapa siri pesawat yang canggih dan mungkin tidak terjangkau oleh pengetahuan kita. Info dari jenis-jenis pesawat ini diambil dari beberapa blog lain dan laman web. Kredit untuk mereka. 

Salah satu pesawat diberi nama Sikorsky S 72 Rotor Systems Research Aircraft.  Ia dihasilkan dihasilkan oleh NASA dan tentera Amerika Syarikat sebagai platform untuk menguji kemampuan pesawat boleh ubah. Secara teorinya S 72 boleh terbang menegak seperti dan terkantung-kantung seperti sebuah helikopter sebelum kipas helikopter dihentikan dan ianya terbang mendatar seperti sebuah kapal terbang. 


Info mengatakan bahawa projek dimulakan pada tahun 1970 dan penerbangan pertama dilakukan pada tahun 1976. Selepas 60 jam penerbangan ujian konsep pesawat diubah dimana sayap kapal terbang, kipas helikopter dan enjin untuk mod kapal terbang boleh ditanggalkan mengikut kehendak pengguna. Dalam kata lain S 72 menjadi pesawat boleh ubah.



Laporan asal Sikorsky Archive dan AviaStar