Seperti dijangka, ofis Google diseluruh dunia mempunyai rekabentuk yang berbeza-beza. Tapi yang penting adalah mereka mengutamakan keselesaan dan keceriaan staf mereka. Lupakan berapa banyak bonus mereka dapat, tapi aku rasa dengan keselesaan dan suasana yang kondusif ini mereka akan balik selepas 18 jam bekerja agaknya.
Wednesday, April 24, 2013
APA ADA DI OFIS GOOGLE TAIPEI
Google memang la kaya. Ofis mereka sahaja dikatakan terdapat diseluruh dunia. Ini ofis mereka di Taipei yang terletak di Menara 101. Setiap rekabentuk ofis mereka tak sama macam stesen Petronas seluruh negara. Aku rasa designer mereka memberi suntikan setempat kepada staf mereka yang bekerja. Lihat lah staf mereka beraksi. Walaupun dateline kerja nak habis tapi nampak cool je. Aku rasa bos mereka pun tak marah sebab bila nak marah je...terus tak jadi sebab takut kerusi meja rosak dijahanamkan mereka nanti. Aku rasa kalau ada ofis Google di Malaysia mereka akan meletakkan elemen islamik kepada ofis mereka. Rekabentuk Islam memang menawan. Takbir!
APA ADA DI OFIS YOUTUBE PULAK
Ofis Youtube ini terletak di Beverly Hills. Rekaan yang dinamik, anggun dan mempersona. Aku tak pasti siapa perunding untuk design ini tapi sesungguhnya ia amat menarik. Ambil sedikit aura dari pejabat Yahoo ini. Semoga nanti anda tidak perlu membodek bos pada setiap hari untuk menyain claim overtime anda.
APA ADA DI OFIS MICROSOFT
Satu lagi ofis yang ingin aku kongsi dengan anda adalah ofis Microsoft. Agak biasa-biasa sahaja design yang ditonjolkan. Maklumlah kadang-kadang idea mat salleh dengan kita orang Malaysia lain. Kita perlu paparkan juga syariah compliance, hubungan dengan batasan dan sebagainya. Tapi takpalah..mungkin sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada kita semua.
APA ADA DI KAMPUS FACEBOOK
Satu lagi pejabat yang nak aku kongsi dengan anda adalah pejabat Facebook. Ia dibuka di Melo Park, California. Ikut sejarahnya, pejabat ini dulu pemiliknya adalah Sun Microsytem dan akhirnya tanah seluas 57 ekar itu dibeli oleh si Zuckerbeg dan menempatkan 2,000 pekerja yang berdedikasi dan mengamalkan shared value mereka. Ruang pejabat sahaja berkeluasan 1 juta kaki persegi.
APA ADA DI GOOGLE
Pejabat Google ini terletak di Silicon Roundabout London. Pakar ID yang dilantik mereka telah menggunakan semula barangan terpakai sebagai perabot pejabat mereka. Sebagai contoh kotak kayu yang digunakan untuk mengangkut sayur-sayuran digunakan menjadi rak meletak barang. Idea yang kreatif. Tapi personally aku tak berapa nak berkenan lah. Tak tau lah pendapat anda.
APA ADA DI EBAY
Sebelum ini, pejabat SKYPE menjadi contoh kegilaan ID mengatasi segalanya. Itu baru permulaan. Mari kita bersama melihat pula ID yang ada di EBAY. Ia terletak di Istanbul dan sebesar 2,000 meter persegi. Ia direka oleh firma Oso Architecture dan rekaan yang ditonjolkan adalah tidak skema dan membuatkan orang tak mahu balik kerumah.
APA ADA DISKYPE
Apa yang diSkype. Pejabat ini berkeluasan 54,000 kps atau lebih dari satu ekar dan menempatkan lebih kurang 250 orang pekerja mereka. Ia dibina di Palo Alto California.
Mari kita lihat rekabentuk di pejabat ini yang begitu santai dan mesra alam. Semua bilik dicipta untuk memberi lebih idea kepada staf mereka yang banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.
ID OFIS YANG KREATIF
Berjumpa semula. Kali ini aku cuba untuk memaparkan bentuk dan rekaan oleh perunding ID terkemuka dunia. Ada beberapa pejabat yang akan dijadikan sample dan semoga dengan siaran artikel ini menjadi sumber inspirasi kepada anda yang ingin mengubahsuai pejabat atau bilik tidor anda menjadi suatu yang lebih ceria dan menggiurkan. Maklum sahaja, hampir separuh dari usia kita habis diperuntukkan dipejabat. Dari jam 8 hingga 5 petang tidak termasuk waktu pergi dan balik, bersesak di jalanraya, kena marah dengan bos atau customer, meeting yang membosankan dan macam-macam lagi.
Aku harap rekabentuk ini juga tidak mengganggu bajet yang telah diluluskan oleh bos anda ketika ini untuk ubahsuai ofis anda. Kalau anda berani cuba bodek bos anda untuk tambah bajet supaya tempat kerja anda lebih baik atau lain dari yang lain. Kalau tak cuba mana tau kan..
Subscribe to:
Posts (Atom)