Jenama CR&S saya pasti jarang kita dengar. Malahan saya sendiri pun tak pernah dengar!
Syarikat mereka menghasilkan CR&S DUU, sebuah motosikal berenjin V-Twin 1916 CC dari Amerika dan mengahwinkannya dengan rolling casis ala Eropah dari Itali. Hasilnya sebuah motosikal yang berkuasa tinggi ala Harley tetapi mempunyai kemampuan membelok seperti sebuah Ducati. Dua versi DUU dihasillkan iaitu Deperlu untuk seorang penunggang dan Conlatusa untuk dua orang penunggang. Enjin yang digunakan menghasilkan torque sebanyak 148 NM dan mampu memecut sehingga 125 batu sejam. Harga sebuah CR&S Duu bergantung kepada jumlah pengubahsuainan yang anda mahukan dan bermula dari USD 27 000 (RM 82 000) .