Wednesday, November 7, 2012

MOTORSIKAL 5

Peminat tegar kapcai. Kini ada Shavit iaitu sebuah konsep motosikal elektrik yang dihasilkan oleh Eyal Melnick, seorang pelajar tahun akhir rekaan industri dari Israel. (jangan sensitif ya sebab budak ni dari Israel) Shavit berbeza dari motosikal elektrik lain kerana ia boleh berubah dari sebuah motosikal lumba menjadi motosikal kegunaan harian melalaui perubahan pada sistem suspensionnya. Ia diperkasakan dengan motor elektrik 180 kuasa kuda.

MOTORSIKAL 4

Motorsikal bertayar sfera adalah satu lagi idea baru dari pembikin motorsikal yang tidak jemu-jemu untuk mencari kelainan dalam pembikan motorsikal mereka. Spherical Drive System sedang dihasilkan oleh seorang pelajar kejureteraan dari Universti San Jose California. Motosikal ini menggunakan dua buah bebola sfera sebagai ganti kepada roda. Motosikal ini berbeza dari motosikal konvesnional kerana ianya sangat stabil dan tidak memerlukan tongkat untuk berdiri tegak. Ianya seperti sebuah SEGWAYyang mampu menstabilkan dirinya ketika bergerak maupun posisi statik. Roda dipusingkan dengan menggunakan motor elektrik. Dari segi teori setiap tayar motor boleh digerakkan ke mana-mana arah mengikut kehendak penunggang. Ini bermakna motoriskal ini mempunyai turning circle yang kecil seterusnya lebuh manovarable. Buat masa ini hanya prototaip motosikal ini berjaya disiapkan. 

MOTORSIKAL 3

Jenama CR&S saya pasti jarang kita dengar. Malahan saya sendiri pun tak pernah dengar!  
Syarikat mereka menghasilkan CR&S DUU, sebuah motosikal berenjin V-Twin 1916 CC dari Amerika dan mengahwinkannya dengan rolling casis ala Eropah dari Itali. Hasilnya sebuah motosikal yang berkuasa tinggi ala Harley tetapi mempunyai kemampuan membelok seperti sebuah Ducati. Dua versi DUU dihasillkan iaitu Deperlu untuk seorang penunggang dan Conlatusa untuk dua orang penunggang. Enjin yang digunakan menghasilkan torque sebanyak 148 NM dan mampu memecut sehingga 125 batu sejam. Harga sebuah CR&S Duu bergantung kepada jumlah pengubahsuainan yang anda mahukan dan bermula dari USD 27 000 (RM 82 000) .

MOTOSIKAL 2

Anda mungkin pernah menyaksikan rancangan American Chopper. Ya. Paul Jr paling banyak idea berbanding bapa beliau yang asyik menjerit sambil mengoyang-goyang misainya itu. Rekaan dibawah berdasarkan rekaan Cadillac CTS-V dan memang la mengancam.




MOTORSIKAL 1

Saya ambil tema motosikal untuk penulisan pertama bulan November ini. Artikel yang santai dan menggiurkan kepada peminat fanatik motosikal. Saya cuma ada motosikal Kriss di rumah. Itupun pemberian aruah bapak saya. Guna untuk pergi kedai dekat-dekat sahaja atau pergi ke taman permainan kanak-kanak. Ronda-ronda. Kadang-kadang bawak ke surau. 


Seorang pembina motosikal custom yang berasal dari Kepulauan Kyushu Jepun bernama Chicara Nagata telah banyak memenangi pelbagai anugerah berprestij dunia kerana setiap satunya lebih menyerupai hasil seni dari sebuah kenderaan untuk ditunggangi. Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai seorang pereka grafik sebelum memulakan kareer baru sebagai seorang pembina motosikal custom pada tahun 1993. Semenjak dari hari itu beliau sudah menghasilkan 4 buah motosikal one of a kind yang untuk projek Chicara Art beliau.

Setiap motosikal ini dibina menggunakan komponen yang dibuat sendiri oleh beliau dan memgambil masa diantara 8000 sehingga 10 000 jam untuk dihasilkan, Keperincian rekaan dan hasil kerja Chicara Nagata ini membolehkan beliau meletakkan harga motosikal dengan harga diantara USD 80 000 (RM240 000) sehingga USD 398 000) (RM 1.2 Juta) sebuah! 

MENULIS LAGI

Ambil masa juga untuk menulis. Menulis memang boleh. Samada kita rajin atau tak rajin sahaja. Bila kita rajin, kadang-kadang tiada idea untuk menulis. Bila ada idea pula, tak rajin datang menghambat. Saya perlu mendisiplinkan diri sekarang. Kena ada target. Berapa artikel nak keluar. Satu untuk seminggu atau satu untuk sebulan. Ok lah..ambil jalan selamat buat permulaan ini. Dalam satu bulan mesti ada 4 kali post baru keluar. Kalau rajin boleh buat sekaligus untuk seminggu atau buat satu untuk setiap minggu.