Satu masa dulu, orang buat kenduri kawin mesti masa cuti sekolah. Bila ini berlaku, kalau satu kampun tu sepakat maka mereka bergilir-gilir nak buat kenduri sambut menantu. Kalau ada jiran yang tak sepakat maka akan jadilah majlis kenduri tu pada satu hari sampaui 2 atau 3 rumah. Sekarang pulak kenduri dah tentu masa. Hujung minggu je dah berderet kenduri kawin. Contoh pada hari sahaja 8 April 2012 sampai lima kenduri diadakan pada satu hari. Kan hebat tu. Zaman katering katakan. Sediakan duit dan boleh buat kenduri. Tetamu pulak ikut gerak hatilah nak pergi mana satu. Dibawah ada lah contoh kepada bakal-bakal pengantin nak buat hantaran. Atau ada yang buat token pada orang yang tolong-tolong dan mereka dengan bangganya letak bunga duit ni pada baju mereka.