Gaya bahasa aku dalam entry ni kadangkala rojak sikit dan tak ikut skala bahasa cikgu Bedah kat sekolah. Nama pun blog. Jadi kalau ada terkasar bahasa dan tersilap nahu, maafkanlah aku. Untuk tujuan resmi aku kira, kenalah dua tiga kali semak supaya orang tak gelak. Cuba korang tengok kat bawah ni.
Sunday, April 8, 2012
MUSIM KAHWIN TAK TENTU
Satu masa dulu, orang buat kenduri kawin mesti masa cuti sekolah. Bila ini berlaku, kalau satu kampun tu sepakat maka mereka bergilir-gilir nak buat kenduri sambut menantu. Kalau ada jiran yang tak sepakat maka akan jadilah majlis kenduri tu pada satu hari sampaui 2 atau 3 rumah. Sekarang pulak kenduri dah tentu masa. Hujung minggu je dah berderet kenduri kawin. Contoh pada hari sahaja 8 April 2012 sampai lima kenduri diadakan pada satu hari. Kan hebat tu. Zaman katering katakan. Sediakan duit dan boleh buat kenduri. Tetamu pulak ikut gerak hatilah nak pergi mana satu. Dibawah ada lah contoh kepada bakal-bakal pengantin nak buat hantaran. Atau ada yang buat token pada orang yang tolong-tolong dan mereka dengan bangganya letak bunga duit ni pada baju mereka.
HELI TERBESAR DI DUNIA
Heli Mil V-12 Homer di bawah adalah buatan Rusia. Dah dibina pada tahun 1968 lagi bertujuan untuk mengangkut roket nuklear. Ia memegang rekod berat maksimum dengan muatan 44,205 kg sehingga ketinggian 2,255 meter. Pada tahun 1974, projek ini dibatalkan oleh tentera Rusia sebab saiz roket nuklear dah dikecilkan dan boleh diangkut dengan heli biasa, Kalau korang pergi Muzium Monino di Rusia pergilah tengok dengan mata sendiri.
DRIVER LELAKI LAWAN DRIVER PEREMPUAN
Beli kereta sekarang ni macam beli goreng pisang tepi jalan. Ada penjual yang bagi kereta macam tu je. No deposit. Bila keadaan jadi macam ini, maka bertambah lah kereta di jalanraya. Belum ada statistik lagi berapa pemandu lelaki dan wanita di jalanraya tetapi fakta di bawah lebih menunjukkan kepada kita tahap sivik kedua pemandu tersebut.
RATING MENONTON PULAK
Sebelum ni aku ada post pasal cerita mari membaca. Sekarang aku nak share pasal menonton pulak. Tapi yang ini bukan tontonan biasa tetapi luar biasa. Kalau korang tak terlibat aku mintak maaf. Fakta ini aku tujukan kepada mereka yang tonton cerita macam kat bawah. Samada online, cd atau kalau dulu-dulu guna video player yang besar yang amat sangat. Bagi kategori orang baik-baik jadikan fakta di bawah sebagai panduan kita kerana selain dari memerangi murtad kita juga perlu memerangi tontonan luar biasa ini. Mari kita berdakwah walau sepotong ayat.
MARI BERSAMA MEMBACA
Di Selangor, satu perpustakaan yang cukup selesa telah dibina di sebuah kawasan yang cukup elit. Kalau anda pergi ke sana samada sorang-sorang atau bersama keluarga, pengalaman itu susah untuk dilupakan. Itu sebab aku galakkan anda untuk pergi dan nikmati sendiri. Lepas tu apabila dan mula minat membaca dan nak beli buku sendiri sudah tentu kita perlukan penghadang buku kan... cuba tengok design kat bawah yang lari dari design konvensional. Nikmatilah..
Subscribe to:
Posts (Atom)