Sunday, November 27, 2011

HARI KELUARGA PKNS 2011

Saya patut berasa berbesar hati apabila PKNS mengadakan Hari Keluarga pada tahun 2011 kali ini. Sungguhpun konsep pada tahun ini masih mengekalkan konsep 2010 iaitu secara berasingan mengikut Bahagian atau Jabatan masing-masing disebabkan kesuntukan masa dan masalah-masalah teknikal yang lain, namun setidak-tidaknya habuan untuk anak-anak seperti kasut sekolah, tuala mandi dan beg sekolah tetap dikekalkan. Kami Sayang PKNS/We Love PKNS adalah tema pada tahun ini. Ya, saya yang mencadangkannya di Mesyuarat kedua. Bait yang agak santai, mendalam dan besar maknanya. Anda sayang PKNS? Ya kita semua sayang kepada PKNS.