Saturday, June 18, 2011

Kapal Pengangkut Kapal Terbang Pertama di China

China baberapa hari yang lalu mengumumkan kapal pengangkut kapal terbang pertama mereka sudah hampir siap. Kapal yang dinamakan Shi Lang ini adalah kapal pengangkut kapal terbang yang diubah suai dari kapal Varyag milik bekas tentera laut Soviet. Shi Lang yang mempunyai panjang 300 meter ini memulakan kehidupannya sebagai Varyag pada tahun 1985. Walaubagaimanapun pembinaannya terbengkalai akibat kejatuhan kesatuan Soviet. Ia kemudiannya diberikan kepada Ukraine yang juga tak mampu untuk menyiapkannya. Selama bertahun-tahun ianya terbiar usang dan berkarat di Laut Hitam sehingga ianya dibeli oleh sebuah "firma perhotelan" dari China. Firma perhotelan ini membeli Varyag kononnya untuk merubahnya menjadi restoran dan hotel terapung.

Tapi kebanyakkan penganalisis ketenteraan mengesyaki firma perhotelan ini hanyalah syarikat ali baba yang digunakan oleh tentera China untuk membeli alatan tentera lama. Ini ternyata benar apabila pada tahun 2003 Varyag ditunda ke limbungan pembinaan kapal tentera China di Dalian. Sejak dari hari itu Varyag diubah suai untuk memenuhi kehendak ketenteraan People Liberation Navy.

Untuk menyiapkan kapal ini pihak China juga membina sebuah mock up berskala 1:1 untuk akademi ketenteraannya di Wuhan. Dengan siapnya Shi Lang China maju setapak lagi untuk menjadi kuasa maritim dunia. Tahukah anda China mempunyai salah satu armada kapal selam terbesar dunia? Ianya dilengkap peluru berpandu kapal pengangkut kapal terbang. They are serious. By the way USA got 11 carriers. Russia 1 , UK 1, France 1 , India pun ada satu....... kita? Not yet and there is no need.







Laporan asal Rising Sea Dragon