Ucapan terima kasih kepada semua ahli-ahli Koperasi yang telah bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung Koperasi PKNS Bhd kali ke 35. Ucapan penghargaan juga kepada Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran dan Pembangunan) yang sudi merasmikan Mesyuarat tersebut.
Tuesday, June 28, 2011
Perasmian Mesyuarat Agung PKP
Tahniah kepada PKP yang telah pun selamat menjalankan Mesyuarat Agung PKP baru-baru ini. Tahniah kepada barisan Jemaah yang dipilih pada sesi kali ini.
Perasmian Kaunter Bahagian Kewangan Shah Alam
Tahniah kepada Bahagian Kewangan PKNS yang telah mempunyai kaunter baru untuk menjalankan urusan transaksi kewangan di Shah Alam khususnya.
Perasmian Rumah Mampu Milik Bangi
Sesi sidang media selepas perasmian Perumahan Mampu Milik oleh PKNS oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Khalid bin Ibrahim.
Sunday, June 19, 2011
Takziah Keluarga Allahyarham Hj Roslan Baharudin
Hari ini kita dikejutkan lagi tentang berita kematian. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Lebih Mengetahui. Al Fatihah buat Allahyarham Tuan Haji Roslan bin Baharudin; Timbalan Pengurus Besar (Perhubungan Korporat) PKNS. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Takziah En Rahman Abdan
Menerima panggilan dari Encik Rahman pagi Ahad jam 9.00 pagi. Berita kematian. Ayahanda yang dikasihi mengadap Ilahi. Takziah diucapkan dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Hari ini Hari Bapa.
Kematian Menurut Islam
Oleh Fadhil ZA
10- Sesungguhnya orang-orang yang kafir diserukan kepada mereka (pada hari kiamat): “Sesungguhnya kebencian Allah (kepadamu) lebih besar daripada kebencianmu kepada dirimu sendiri karena kamu diseru untuk beriman lalu kamu kafir”
11- Mereka menjawab: “Ya Tuhan kami Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali (pula), lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan (bagi kami) untuk keluar (dari neraka)?”
Doakan Ayah Ibu Kita
2011/05/20
Kasih sayang anak kepada orang tua berpanjangan hingga ke alam barzakh
IBU bapa adalah insan paling mulia dalam kehidupan kerana itulah agama Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada mereka. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar dan tinggi nilainya.
Saturday, June 18, 2011
Ukiran Cantik Dari Russia
Kapal Pengangkut Kapal Terbang Pertama di China
China baberapa hari yang lalu mengumumkan kapal pengangkut kapal terbang pertama mereka sudah hampir siap. Kapal yang dinamakan Shi Lang ini adalah kapal pengangkut kapal terbang yang diubah suai dari kapal Varyag milik bekas tentera laut Soviet. Shi Lang yang mempunyai panjang 300 meter ini memulakan kehidupannya sebagai Varyag pada tahun 1985. Walaubagaimanapun pembinaannya terbengkalai akibat kejatuhan kesatuan Soviet. Ia kemudiannya diberikan kepada Ukraine yang juga tak mampu untuk menyiapkannya. Selama bertahun-tahun ianya terbiar usang dan berkarat di Laut Hitam sehingga ianya dibeli oleh sebuah "firma perhotelan" dari China. Firma perhotelan ini membeli Varyag kononnya untuk merubahnya menjadi restoran dan hotel terapung.
Tapi kebanyakkan penganalisis ketenteraan mengesyaki firma perhotelan ini hanyalah syarikat ali baba yang digunakan oleh tentera China untuk membeli alatan tentera lama. Ini ternyata benar apabila pada tahun 2003 Varyag ditunda ke limbungan pembinaan kapal tentera China di Dalian. Sejak dari hari itu Varyag diubah suai untuk memenuhi kehendak ketenteraan People Liberation Navy.
Untuk menyiapkan kapal ini pihak China juga membina sebuah mock up berskala 1:1 untuk akademi ketenteraannya di Wuhan. Dengan siapnya Shi Lang China maju setapak lagi untuk menjadi kuasa maritim dunia. Tahukah anda China mempunyai salah satu armada kapal selam terbesar dunia? Ianya dilengkap peluru berpandu kapal pengangkut kapal terbang. They are serious. By the way USA got 11 carriers. Russia 1 , UK 1, France 1 , India pun ada satu....... kita? Not yet and there is no need.

Jepun Selepas Tsunami
Selepas proses pembersihan
Dibawah ialah set 12 gambar situasi selepas Tsunami Jepun Mac lalu dan gambar terkini selepas operasi pembersihan dilakukan. Awesome work Japan!
Dibawah ialah set 12 gambar situasi selepas Tsunami Jepun Mac lalu dan gambar terkini selepas operasi pembersihan dilakukan. Awesome work Japan!
Friday, June 17, 2011
Hari-Hari Yang Menggembirakan
Ya.. terkadang kita tak pasti samada hari yang mendatang boleh memberikan kegembiraan kepada kita. Apabila hari itu mendatang mungkin pagi yang ceria tiba-tiba mengundang mendung ditengahari. Namun kita mesti positif. Setiap yang berlaku telah diaturNya. Setiap yang terjadi ada rahmat disebaliknya. Terserah kepada kita samada sanggup untuk menerima atau lari daripadanya.
Wednesday, June 15, 2011
Lama tak update
Salam sejahtera
Sekian lama juga tidak dikemaskini blog ini. Sampai terlupa user id dan password. Mujurlah ada di dalam simpanan. Ada rakan-rakan yang membaca blog ini minta supaya dikemaskini blog ini. InsyaAllah, dalam kesuntukan masa akan saya cuba usahakan. Lagipun bila telah ada laptop baru terasa teruja juga nak dikemaskini blog.

Subscribe to:
Posts (Atom)