Ada penemuan terbaru. Selama ini mungkin kita fikir gua terbesar di dunia sebelum ini ialah Gua Rusa yang terletak di Taman Negara Mulu Sarawak. Tetapi pada tahun 2009, Gua Don Soong ditemui di Vitenam dan dengan panjang 5 kilometer, tinggi 200 meter dan lebar 150 meter ianya kini memegang rekod gua terbesar di dunia. Sebenarnya gua ini telah ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1991 oleh seorang warga tempatan. Tetapi penduduk sekitar merahsiakan penemuan gua ini kerana mereka takut dengan bunyi siulan yang kerap didengari dari mulut gua. Mereka percaya ada makhluk halus mendiami gua ini dan lebih baik ianya dirahsiakan sahaja. Gua ini hanya diketahui kewujudannya selepas beberapa orang siantis dari Britain melakukan pengembaraan di dalamnya. Nampak menakjubkan.
Saturday, March 16, 2013
PELANTAR TERBESAR
Tahukah kita bahawa terdapat pelantar minyak tertinggi di dunia dengan ketinggian 472 meter dan beratnya adalah 1.2 juta tan. Nama yang diberi kepada gergasi laut ini adalah Troll-A. Mula dibina pada tahun1991 dan siap sepenuhnya pada tahun 1996. Kaki Troll-A dibina dari konkrit dan dindingnya silinder konkrit gergasi ini setebal 1 meter. Proses pembinaan pelantar ini perlahan kerana 15 sentimeter boleh dibina dalam masa sejam. Troll-A kini beroperasi di Lautan Utara, 80 kilometer dari Bergen Norway. Selepas ianya siap dibina, Troll A ditarik sejauh 200 kilometer selama 7 hari ke lokasinya sekarang. Troll-A masih merupakan objek TERBESAR pernah ditarik kemana-mana lokasi dunia. Bayangkan anda menarik sebuah struktuk yang LEBIH tinggi dari Menara Berkembar Petronas sejauh 200 kilometer. Cool! Pada tahun 2010 Troll-A diperbesarkan lagi dengan penambahan satu lagi modul bagi memuatkan bilik kawalan dan tempat kediaman baru. Cool stuff! -A ialah pelantar minyak tertinggi dunia dengan ketinggian 472 meter dan mempunyai berat 1.2 juta tan. Ianya dibina pada tahun1991 dan siap sepenuhnya pada tahun 1996. Kaki Troll-A dibina dari konkrit dan dindingnya silinder konkrit gergasi ini setebal 1 meter. Proses pembinaan pelantar ini perlahan kerana 15 sentimeter boleh dibina dalam masa sejam. Troll-A kini beroperasi di Lautan Utara, 80 kilometer dari Bergen Norway. Selepas ianya siap dibina, Troll A ditarik sejauh 200 kilometer selama 7 hari ke lokasinya sekarang. Troll-A masih merupakan objek TERBESAR pernah ditarik kemana-mana lokasi dunia. Bayangkan anda menarik sebuah struktuk yang LEBIH tinggi dari Menara Berkembar Petronas sejauh 200 kilometer. Cool! Pada tahun 2010 Troll-A diperbesarkan lagi dengan penambahan satu lagi modul bagi memuatkan bilik kawalan dan tempat kediaman baru. Hebat sungguh senibina manusia ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)