Sekiranya ada rezeki, tuan puan mungkin dibenarkan untuk menziarah Masjidil Aqsa. Masjid ini dbina pada 630 M. Mengikut maklumat ini, ketika Baitulmuqaddis di bawah kuasa tentera salib, masjid ini dijadikan kandang kuda oleh mereka. Tentera kesatria Templar pula menjadikan Qubbat As-Sakhrah sebagai home base. Hanya setelah Salehudin Ayubi menakluk semula Baitul Muqaddis maka Masjidil Aqsa dikembalikan maruahnya sebagai sebuah masjid.
Friday, August 24, 2012
MASJID KETIGA TERBESAR DI DUNIA
Sebuah masjid ketiga terbesar di dunia dalam pembikinan. Ia terletak di Algiers, Algeria dan diberi nama Djamaa El Djazair. Akan siap sepenuhnya pada 2016 dan berada di belakang Masjidil Haram dan Nabawi. Mampu memuatkan 37,000 jemaah. Menara masjid ini pula setinggi 296 meter . Firma arkitek pula diimport dari Jerman manakala kontraktor dari China. Mungkin pada waktu tender ini dibuka, firma Malaysia tidak dijemput.
BERSESAK UNTUK SEMBAHYANG DI PERANCIS
Sembahyang di masjid di Malaysia semuanya cukup. Kipas, aircond, karpet dan pembesar suara kebanyakkannya adalah dalam keadaan baik dan selesa. Cuba lihat saudara kita di Perancis. Mereka bersesak-sesak untuk solat. Iman mereka kuat dan kukuh. Walaupun bersesak solat tetap didirikan.
Disebabkan kesesakan itu, Claude Gueant telah membenarkan sebuah dewan digunakan untuk solat Jumaat. Ia akan diguna sehingga sebuah Balai Islam siap pada tahun 2013. Menurut pak Haji di sana , mereka memerlukan 4,000 buah masjid untuk menampung keseluruhan jemaah. Yang ada sekarang cuma 2,100 sahaja. Syukurlah kita berada di Malaysia kerana masjid kita semuanya molek molek belaka.
MASJID DI DALAM MENARA
Apabila ruang tanah menjadi terhad, manusia akan berfikir untuk menggunakan ruang sediada untuk melakukan pembinaan. Maka, apabila tanah juga menjadi semakin mahal firma arkitek seperti IND Architecture telah menghasilkan konsep masjid di dalam menara. Menara PKNS, PJ juga ada ruang solat tetapi ia hanya digelar surau sahaja dan berada di tingkat 8.
MASJID KONTEMPORARI COOL
Di Kota Baru Parahyangan, Jawa Barat telah dibina sebuah masjid yang digelar Masjid Al Irsyad. Ia punya ruang pengudaraan yang mudah dan disejukkan secara semula jadi dengan adanya kolam air pada bahagian depan saf seperti mana di masjid besi, Putrajaya. Ia direka oleh sahabat kita m Ridwan Kamil dan sudah siap pada 2010. Kita boleh membuat rombongan ke sana dan jangan khuatir kerana masjid ini mampu memuatkan 1000 orang pada satu- satu masa.
MASJID KUBAH
Dubai memang mempunyai bangunan pencakar langit yang hebat. Selain bangunan pencakar langit, mereka juga tekun untuk membina masjid yang hebat juga. Konsep masjid ini direka oleh Fari Hatam dan mempunyai struktur 100% kubah. Ia adalah bersifat mesra alam. Mampu menjimatkan elektrik. Aku tak pasti ia mempunyai matlamat untuk dapatkan GBI atau tidak.
MASJID PUSARAN
Masjid Besar Samarra terletak di Samarra Iraq dan mempunyai menara muazzin yang unik. Berketinggian 52 meter dan berbentuk pusaran. Ia dibina oleh Khalifah Al Mutawakkil dari kerajaan Islam Abassid pada tahun 848 masehi dan siap sepenuhnya 3 tahun selepas itu. Masjid ini panjangnya 239 meter dan lebar 156 meter. Pada 841 masehi, ia dianggap masjid terbesar di dunia. Sekarang tidak diguna lagi dan pada tahun 2005 bahagian menara telah diletupkan untuk mengelakkan pasukan penembak curi AS menggunakannya.
MASJID LEGO
Masjid Sultan Abu Bakar antara masjid yang tercantik di Malaysia. Mula dibina pada 1892 dan siap pada 1900. Siapa yang merekanya. Kita tabik kepada Tuan Haji Muhammad Arif bin Punak dan marilah kita sedekahkan Al Fatihah buat beliau. Legoland mengambil inisiatif membina miniatur masjid ini memerlukan masa ratusan jam untuk menyiapkannya. Rasanya Legoland akan dibuka tidak lama lagi dan boleh lah kita beramai-ramai kesana.
INDAHNYA MASJID BUNGA TULIP
Salam Syawal. Semua umat Islam yang sihat tubuh badan akan pergi ke mesjid atau surau untuk menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri. Alhamdulillah. Di Ufa, Republik Bashkortostan Russia mesjidnya digunakan sepenuhnya. Machet Lyalya Tyulpan (masjid Tulip Kembang) ialah mesjid terbesar di Bashkortostan dan ketiga di Russia. Ianya dibina berdasarkan bunga tulip. Kalau anda ada wang dan masa ke sana, ajaklah saya sekali.
MASJID DARI LUMPUR DAN JERAMI
Masih lagi kisah masjid. Di Negara Mali, sebuah masjid diberi nama Masjid Djenne sangat unik rekabentuknya. Dikatakan dibina pada kurun ke 13 dan ia dibuat dari lumpur dan jerami. Maka pada setiap tahun ia perlu dibaik pulih. Kalau di Malaysia akan guna kelas F. Malah ia diiktiraf sebagai Wolrd Heritage Site pada tahun 1988 sebagai masjid yang dibuat dari lumpur yang terbesar di dunia. Telor burung unta pula diletakkan di atas kubah dan ia tiada kena mengena dengan peribahasa melayu bagai telur di hujung tanduk.
MASJID TERBESAR ASIA TENGAH
Berjumpa lagi. Dah lama aku tak menulis. Agak sebok sikit sekarang. Sempena Syawal yang masih di awal ini, aku post gambar-gambar masjid yang merupakan masjid terbesar di Asia Tengah. Masjid yang terletak di Kazakhtan. Ia diberi nama Masjid Khazet. Ia dibina selama dua tahun dan mampu menempatkan 10,000 jemaah pada satu-satu masa.
Subscribe to:
Posts (Atom)