Sunday, July 1, 2012

MARI MANJAKAN ANAK

Wahai tuan yang budiman. Nikmat dunia janganlah kita tinggalkan. Kalau ada rezeki lebih, belanjalah anak-anak kita. Beli jangan tak beli. Ikut kemampuanlah. Jangan membazir dan menjadi sahabat syaitan pulak. 

Di bawah adalah hadiah terhebat untuk kita belikan kepada anak-anak kita. Yes..

PENGORBANAN ANAK

Aku bukak tema baru pulak. Kisah pasal anak. Ya..memang ada pepatah yang menyebut lebih senang jaga lembu sekandang dari anak sorang je kan? Hei kawan..bukan semua anak macam tu. 

Cheng Yixing misalnya adalah bapa yang mithali. Beliau adalah seorang petani dan salah seorang anaknya yang tiga orang tu berjaya masuk Universiti. Tuhan lebih sayangkannya dan beliau ditakdirkan meninggal kerana kanser rektum dan sebelum mati beliau amat berharap anaknya yang hendak masuk Universiti tadi namanya Chen Jilai supaya menjaga beliau. Jilai patuh dan menangguhkan pengajian dan jaga ayahnya sampai meninggal. Sedihnya kan. Duit yang dikumpul untuk masuk U habis dibelanjakan untuk beli ubat dan urusan pengebumiannya. 

Tak tau lah nasib Jilai samada ada orang nak bantu beliau meneruskan pengajiannya. Kalau di sini mungkin ada puak-puak yang boleh hulur bantuan.

BULAN MADU DI MANA?

Sebelum kawin dah tentu pasangan ni dah bincang dah bulan madu kat mana kan...Aku dulu sebab bajet pun kecik, maka bulan madu kat Port Dickson. Janji happening. Bila tengok pakej bulan madu sekarang, aku rasa memang berbaloi-baloi kalau pergi lagi sambil ditemani oleh anak-anak. Dah pasti aku ambil kurang-kurang 3 bilik untuk lebih privacy kan. Mari kita tengok betapa indahnya dunia ciptaan Tuhan di bawah ini.

PENATNYA BUAT KERJA KAWIN

Memang penat bila buat kerja kawin. Di kampung, semangat gotong royong memang tinggi lagi. Bila tinggal orang muda dah berhijrah ke bandar, maka orang-orang tua yang tinggal kena fikir dua tiga kali sebelum buat gotong royong. Maka panggil lah katering aje. Kan mudah. Cuba kita bayangkan kepenatan buat kerja kawin dengan teknik tidur tahap gaban orang China dalam post kat bawah. 

IKLAN KAWIN KAT SEMPADAN

Bila dah jumpa pasangan hati, tak semestinya dapat restu dari keluarga masing-masing. Jalan mudah adalah kawin lari kat sempadan. Akal pendik mereka bilang lebih baik kawin kat sempadan daripada kena kawin kerana tangkap basah. Cuba kita tengok iklan kat bawah.. memang jadi inspirasi!

BULAN KAHWIN

Dalam seminggu dua ni, memang banyak jemputan kawin yang aku terima. Ada kawan pejabat, anak kawan pejabat dan ada jugak yang aku pun tak kenal tapi mungkin mereka kenal aku. Aku mintak maaf sebab tak dapat penuhi semua jemputan. Paling kelakar adalah apabila kawan pejabat aku sendiri yang aku tak sangka akan kawin pada minggu ini. Aku datang sebab jemputan orang lain tetapi tup-tup yang kawin adalah sahabat aku sendiri. Apapun tahniah aku ucapkan.

Biasanya sebelum kawin tentu ada kad jemputan kan..macam-macam kita tengok. Cuba kita tengok kad yang aku post kat bawah untuk jadi panduan kepada anda yang nak kawin pada tahun ini. Kredit kepada kahwinshop.