Saturday, March 31, 2012

HAPPY EARTH HOUR

Tanggal 31 Mac kita akan celebrate earth hour. Apa itu earth hour. Apa kita nak buat nih..? Sekadar nak tutup letrik kat rumah dalam tempoh 60 minit lepas tu kita membazir letrik bagai nak rak! 

Kenapa Perlu Sokong Kempen Earth Hour?

Kempen kesedaran Earth Hour ini sudah bermula sejak tahun 2009 lagi iaitu bermula di negara Australia..Bagi yang tidak tahu,kempen ini bertujuan untuk menyedarkan seluruh penduduk dunia tentang perubahan iklim dunia yang semakin menuju akhir zaman..ia terbukti dengan pelbagai bencana alam yang telah melanda di seluruh dunia.
Dan kepada mereka yang rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar,inilah peluang untuk kita memberi sedikit sumbangan kerana Kempen Earth Hour 60 mengalakkan seluruh penduduk dunia berhenti menggunakan eletrik selama 60 minit..Walaupun sumbangan kita hanya pada 6o minit tersebut,tapi ia mungkin memberi impak yang besar pada keseluruhan alam.
gambar earth hour 2012Aku ajak korang yang mungkin tak boleh matikan lampu pada malam ini supaya buat alternatif lain. Kalau betul-betul nak participate menyelamatkan bumi kita, matikan sahaja peralatan elektrik macam lampu, komputer, mesin fotostat atau apa sahaja masa kita keluar lunch. Paling penting adalah apabila kita balik. Pastikan semuanya telah di switch off sebelum kita punch out dan paling ke rumah. Mudah kan..

HARI KELUARGA DI DEPT BARU

Anak aku melompat tumpang seronok. Aku bagitau mereka 1 hb nanti pakat-pakat pergi Sunway Lagoon. Seingat aku, last aku pergi Sunway Lagoon lebih 10 tahun lepas. Masa tu pun ada 2 anak. Sekarang dah empat. Aku harap mereka seronok dan aku tumpang seronok jugak. Aku tak boleh bayangkan apa yang lebih seronok di sana sehingga aku menjejakkan kaki kesana nanti. Kepada rakan-rakan yang akan membawa keluarga esok selamat bergembira bersama keluarga anda ya..

GP KAROM PKNS

SEJARAH KAROM ANTARABANGSA

Tempat kerja aku buat GP Karom. Orang selalu ingat GP Joran atau GP racing kereta sahaja. GP Joran kerja tangkap ikan. GP racing pulak banyak anak ikan dekat litar. Oleh sebab itu, kawan kampung aku, Che Mat buat inisiatif untuk memperkenalkan GP Karom. Awesome. Pertama di Malaysia. 

Tapi bila dah buat GP Karom ni, anda tau tak sejarah karom. Orang rumah aku cikgu sejarah. Tapi dia tak pernah belajar di Universiti dulu berkaitan sejarah karom. Anda tau? Tiada siapa yang tahu bila permainan karom bermula dan di mana. Justeru aku petik artikel dari sahabat blok aku di komunitikarom.blogspot.com supaya kita sama-sama dapat belajar dari tulisan itu. Di peringkat awal permainan karom yang hampir sama telah dimainkan kira-kira 2000 tahun dahulu di zaman Makam Tua Abyssinian (kebudayaan Indo-Iran). Ada sebahagian yang mengatakan permainan karom dari Timor, Asia Tengah Selatan.



Tidak siapa yang ketahui bagaimana permainan karom telah ujud disebahagian besar negara India. Ada yang mengatakan karom telah direka cipta oleh Maharajah India tetapi asal usul permainan karom tidak diketahui secara jelas. Apa yang ketahui lebih sedekad lalu karom telah dimainkan oleh orang-orang India bersama keluarga di rumah dan di masa lapang. Bila mereka dewasa permainan ini terus dikembangkan menjadi sebahagian aktiviti harian dan diterima oleh pelbagai peringkat masyarakat. Bagaimana pun pelbagai versi karom yang dimainkan di dunia Timur Arab termasuk Saudi Arabia, Kuwait dan Yemen, Tengah Asia dari Turkmenistan hingga Afghanistan dan dari timur seperti Cina, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Papan Karom diperingkat awal yang diperkenalkan.

Papan Karom sekarang dibuat secara komersial dan lebih sistematik kerana mengikut spesifikasi yang dikawalselia oleh Persatuan Karom Antarabangsa.

Bila budaya timur diminati oleh generasi baru dari Eropah di awal tahun 60an, karom telah mula bertapak di kebanyakkan rumah dan kelab sukan. Pada sekitar tahun 70an import komersial India telah bermula dan beberapa pertunjukkan telah diadakan di Eropah seperti di Switzeland, Jerman, Belanda dan Itali. Perhijrahan pendatang dari Asia ke negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat juga merupakan salah satu punca karom turut berkembang.

Pertandingan antarabangsa telah berkembang di Eropah pada tahun 1980 dan hari ini, ribuan pemain karom yang terdapat di sana. Karom telah menjadi popular sehinggakan papan karom telah diperbuat di kilang yang terdapat di Negara-negara Eropah seperti Jerman, Switzeland, Belanda dan Italy.

Pertandingan karom secara rasminya telah bermula pada tahun 1935 di Sri Lanka, dan pada tahun 1958 India dan Sri Lanka telah mengujudkan persatuan kelab karom dan menganjurkan pertandingan. Tahun 1956 India telah mula mencari pemain di seluruh India untuk pasukan terbaiknya. Pertandingan karom pertama telah bermula pada sekitar tahun 1960an di antara India dan Sri Lanka. Pertandingan peringkat kebangsaaan juga diadakan di Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan Maldive.

Pembentukkan badan Persatuan Karom Antarabangsa telah dibincangkan sejak tahun 1950an lagi. Sehinggalah pembentukkan Persatun Karom Antarabangsa pada 15hb Oktober 1988. Deligasi dari India, Sri Lanka, Maldives, Swiszeland dan German sebagai ahli telah bertemu di Madras (Chennai), India untuk kongres karom dunia yang pertama. Persatuan Karom Antarabangsa telah dibentuk dan diluluskan pertubuhannya serta memperkenalkan undang-undang karom antarabangsa yang pertama.

Logo Persatuan Karom Antarabangsa

Dengan penyatuan semua pemain karom di seluruh dunia di bawah satu payung dan undang-undang permainan diselaraskan maka kejohanan dapat dijalankan diperingkat antarabangsa. Pada tahun 1989 Kejohanan pertama diadakan dan disertai oleh India, Sri Lanka, Maldive, German, Swiszeland dan Belanda untuk Piala Perak.

Sebelum ini kebanyakkan negara-negara samada di Asia dan Eropah bermain dengan peraturan yang berbeza dan untuk mengadakan pertandinagan peringkat antarabangsa adalah mustahil dan menyukarkan. Dengan persetujuan dari pasukan seluruh negara, maka undang-undang peringakat antarabangsa dapat dilahirkan. Peraturan meliputi ukuran papan sehingga ukuran peralatan permainan yang lain.

Sejak rasminya Persatuan Karom Antarabangsa maka perkembangan persatuan karom dunia bermula secara agresif pada tahun 1980an dengan promosi dijalankan di negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Di Asia seperti negara India, Sri Lanka, Maldives, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Nepal, Negara Arab Bersatu, Malaysia, Jepun, Korea dan Australia. Di Eropah seperti negara German, Perancis, Itali, Belgium, Belanda, Poland, Sepanyol, United Kingdom, Portugal, Switzerland, Austria dan Greece. Di setiap negara-negara berkenaan telah ditubuhkan persatuan karom dan bernaung di bawah Persatuan Karom Antarabangsa.

Logo Persatuan Karom Malaysia

Di Malaysia khususnya, Persatuan Karom Malaysia (Malaysia Carrom Association) atau lebih dikenali sebagai KAROMAS adalah badan yang diktiraf dan merupakan badan gabungan International Carrom Federation dan Asian Carrom Federation. Karomas adalah persatuan bergerak cergas untuk memperkenalkan cara permainan Karom Antarabangsa dan juga kursus pengadilan di Malaysia.

Friday, March 30, 2012

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

budak- budak yang dah berjaya dalam periksa tahniah abang ucapkan. abang dulu masa belajar dan keputusan yang baik ada juga la dapat hadiah tetapi takde la diraikan dengan majlis yang grand siap dengan majlis di grand ballroom lagi. tak lama lagi, tempat kerja aku ada majlis untuk anak anak kita. sekali lagi tahniah abang ucapkan kepada mereka yang berjaya.

ANUGERAH PERKASA

ingat tak sorang artis dulu? Namanya kalau tak silap aku ferry anugerah makmur. tapi dia dah meninggal. dia rasanya pernah berlakon dan ada sikit sikit menyanyi. takziah kepada keluarga beliau. di pejabat aku ada satu anugerah diwujudkan. namanya anugerah perkasa. jangan salah sangka, bukan perkasa ibrahim ali ya. ini version majikan aku. ya malam itu staf yang wow dan terlebih kerja akan diberi anugerah. yang paling menarik adalah pemilihan dari staf sendiri, siap dengan online voting lagi. tahniah dari aku kepada mereka yang terpilih dan kepada mereka yang belum ada seru, jangan la susah hati sebab ini semua dugaan dunia je...he he he

Thursday, March 22, 2012

SETIAP SESUATU ADA HIKMAHNYA

Sesiapa juga akan ditimpa cobaan. Cobaan ini mengajar kita untuk mengenal diri kita sendiri. Ye la setakat nama tu memang la kita ingat, maksud aku sejauh mana kecintaan kita pada diri kita dan menghambakan diri kepada Pencipta. Aku terbaca coretan Dr Maza. Memang benar kata-katanya dan aku pun pasrah! Bacalah seperti di bawah..
Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?
Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan.
Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.
Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?
Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi.
Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?
Jawapannya ialah taubat dan 'istighfar' iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)..." (Surah Hud: 3)
Janji Yang Pasti
Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.Inilah janjiNya dalam al-Quran.
Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa 'sendirian berhad' mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya.

Apakah pemohonan itu? Pemohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.

Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)"Sehingga aku berkata (kepada mereka):
"Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai" (Surah Nuh: 9-12).

Pelbagai Kurnia
Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini.

Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah 'istighfar'.Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah.
Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya "Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut" –lalu beliau membaca ayat di atas.
Mengelakkan Bala
Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar.

Firman Allah: "Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar" (Surah al-Anfal: 33).
Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya.
Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.
Ditambah Kekuatan
Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya.

Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah.

Firman Allah: "(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)". (Surah Hud: 52).

Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.
Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka.
Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya 'berlagu' di mulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn 'Abd al-Hadi, al-'Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-'Arabi).
Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.

Ditulis oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin(sertai facebook DrMAZA.com) dan dipetik daripada http://drmaza.com

RESPEK CIKGU KITA

Keputusan SPM dah keluar. Ramai yang gembira ria dan ada juga yang menangis duka. Macam biasa ada ayat-ayat ajaib keluar...ala ini baru SPM perjalanan jauh lagi. Itulah mentaliti kita. Aku terbaca artikel di bawah dan aku paste kat sini. Bukan sebab orang rumah aku cikgu tetapi aku tahu dan faham bahawa kita mesti hormat cikgu. Walaupun dulu aku tak berapa gemar guru add math aku tetapi sebab aku respek dia kelas add math aku tetap masuk. Bila periksa aku kantoi. Sebabnya aku tak ikhlas. 
Bacalah artikel kat bawah dan kalau ada cikgu yang masih kita ingat namanya cubalah cari kat facebook atau mana-mana dan ucapkanlah terima kasih padanya atau paling busuk pun ucap selamat hari guru atau selamat hari raya.
Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, menunjukkan kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan.
Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu.  Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang.
Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu."(An-Nisa' :59)
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.
Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.
Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)

Kebelakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru. Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata, "Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku." Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.
Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru.
Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diriterhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan  guru dalam setiap urusan mereka.
Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan "engkau" dan"awak".  Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.
Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.
Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat. Ibnu 'Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan.
Begitulah hormatnya ulama' dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah.

JAGA TAYAR KITA

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.
Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.
Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.
Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.
Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima merujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)
Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

info oleh Nizwan Mokhlas  



BEG YANG TAH APA-APA

Bila aku turun JPO hari tu, tengah sale! Aku keliru. Rupa-rupanya outlet kat sana hari-hari sale. Ada outlet jual beg sahaja ada yang jual campur-campur. Banyak-banyak kedai di situ aku tak jumpa design macam di bawah. Ia kepunyaa Willians British Handmade dan pelanggannya order dari beliau bila nak. Harga jangan perasan la. Sapa ada duit je. 
 

LAGI TENTANG APPLE MACBOOK PRO

Hari tu aku dah cerita pasal Macbook. Memang la aku ada. Tapi jarang-jarang guna sebab kadang-kadang fail yang aku save tak boleh baca dalam microsoft. Jadi anak aku guna untuk tengok movie atau lagu dalam youtube. Gambar dia memang terang. Sapa yang ada macbook cuba tengok rehal untuk kita dibawah ini.

 

BIJAK DULU BIJAK SEKARANG

Pada sukan Olimpik 2004 lalu, ya Greece dengan megahnya menjadi tuan rumah. Rekod menunjukkan pada waktu Greece membelanjakan Euro15 billion sepanjang temasya sukan itu. 22 veneu dibina dan dari jumlah itu sekarang hanya 21 daripadanya sudah tidak digunakan lagi.   Greece keberhutangan Euro 300 billion. Banyak pengajaran yang kita belajar dari peristiwa ini. Jangan salahkan sukan itu sebab dia tak tau apa-apa. Nak salahkan sapa lagi? Pengurusan? Kerajaan atau sapa lagi nak dituding jari. Korang tengok je lah betapa sadisnya keadaan mereka sekarang.